Assalamualaikum, hai
Sinopsis Mencari Qiblat, Zehra TV3 Terbaru Menggantikan Ammar Dan Opie | Lagi beberapa episod, drama Ammar dan Opie di slot zehra akan tamat... Dan drama terbaru yang bakal menggantikannya adalah drama Mencari Qiblat, arahan Rashid Sibir.

Based on beberapa sumber, drama tersebut akan mula disiarkan pada 25 Oktober nanti, semestinya di tv3... Setiap Rabu hingga Jumaat, Jam 9 malam. Antara para pelakon yang membintangi drama tersebut nanti adalah seperti Aeril Zafrel sebagai Adam, Mona Allen, Adam Shahz, Mubarak Majid, Elisya Sandha sebagai Aida, Zaharil Adzim, Fauziah Nawi, Azhan Rani sebagai Ustaz Malik, Noorkhiriah sebagai Rosiah, Ashraf Muslim, Zamarul Hisham, Fezrul Khan sebagai Ruslan, Zarul Husin, Farahdhiya, Reen Rahim sebagai Dila, Shahzril Ahmad sebagai Aidil, Khir Rahman, Zarina Zainuddin, Dato Rahim Razali, Dato Ahmad Tarmimi Serigar, Aleza Shadan, Anne Abdullah, Zila Bakarin, Didie Alias, Arash Mohd, Ameerul Asyraf, Syaiful Bahry, Fahrin Ahmad, Elly Mazlein, Mathni Razak dan Nadzmi Adhwa.

Sinopsis drama mencari qiblat selepas drama Ammar dan Opie
Kredit : femagonline

SINOPSIS DRAMA BERSIRI MENCARI QIBLAT, SLOT ZEHRA TV3 BERMULA 25 OKTOBER 2018

Daripada apa yang Fiza baca di internet, Drama Mencari Qiblat yang mempunyai 13 episod lebih kepada sebuah drama yang berunsurkan keagamaan... Di mana ia mengetengahkan penceritaan yang berbeza pada setiap episod. 

Aeril Zafrel atau Adam ialah anak tunggal dalam keluarganya, dan dia sudah biasa hidup dalam penuh kemewahan. Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehinggalah dia hilang pedoman dalam kehidupannya.

Kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian orang tuanya telah memberi kesedaran kepada Adam, bahawa dunia ini adalah bersifat sementara. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?

Hurmmm... Baca sinopsis macam best, pelakon yang terlibat pun ramai dan hebat-hebat belaka. Adakah drama ini mampu menandingi kehebatan drama Nur?

Nak tahu, save the date ok. Next week dah mula ditayangkan. Bye...

#slotzehraterbaru
#mencariqiblat