Assalamualaikum, hai... 
Sinopsis Megadrama Terbaru, Isteri Untuk Disewa Astro Ria | Masa tengah layan siaran ulangan cik Reen Encik Ngok Ngek tadi, ada jugak tengok promo megadrama terbaru yang bakal bersiaran selepas drama Cik Reen Encik Ngok Ngek nanti... Berjudul Isteri untuk disewa yang mana akan ditayangkan pada 5 November 2018 nanti, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam dan semestinya di Astro Ria 104 dan Ria HD132.

Drama adaptasi novel ini bakal menyaksikan lakonan utama gandingan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah. Rasanya first time dorang digandingkan bersama. Hurmmm... Adakah dorang serasi ke tak dalam drama tu nanti... Kenalah save the date ok. 

Selain dorang berdua terdapat beberapa orang pelakon lain turut membintangi drama tersebut. Antaranya ialah Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar dan Kazar.

Megadrama terbaru isteri untuk disewa menggantikan cik reen encik ngok ngek

Apakah Watak Yang Para Pelakon Pegang Dalam Isteri untuk Disewa? 

Kemudian, untuk watak-watak yang dorang pegang... Berikut adalah senarainya :-

Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana
Fattah Amin sebagai Noah Ryzal 
Halim Radzi sebagai Suffi Naufal
Zaki Azeman sebagai Imtiyaz Irdad
Harris Annuar sebagai Putera Raiyan

SINOPSIS DRAMA ISTERI UNTUK DISEWA

Based on sumber,  megadrama tersebut mengisahkan tentang Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak.

Nur juga turut menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah dalam hubungan percintaan. Kiranya Doktor cintala dalam drama tersebut.

Then, Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

Keempat-empat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur? sumber : myinfotaip.com

Hurmmm... Bukan tiga segi, tapi empat sekali datang. Mesti ada adegan pintas memintas antara satu sama lain kan... 

In shaa Allah, jika berpeluang... Bolehla layan. Kan?