Cara Nak Tahu Entri Terindex Atau Tidak

Assalamualaikum, hai...
Cara Untuk Mengetahui Entri Terindex Atau Tidak | Alhamdulillah, sementara mood tengah elok... Plus idea masih banyak, kita pulun update apa yang patut. Kan?

Sebelum Fiza merepek panjang lebar, korang pernah check tak entri korang lepas tiap kali publish... Ada tak tersenarai di enjin carian. Dan, bagaimana korang check? Boleh Fiza tahu...

Macam Fiza, ada kalanya masa untuk blogwalking agak terhad... Al-maklumlah, bila dah bergelar isteri dan jugak ibu buat anak-anak... Pastinya, banyak benda perlu diutamakan. Tambahan pulak... Line internet di kampung Fiza selalu buat onar... Memang tak dapat nak kata apa dah. Nak atau tidak, Fiza banyak bergantung harap kepada trafik organik. Trafik organik ni, kalau orang taip sesuatu di enjin carian... Then, tajuk tu pulak mengarah kepada blog kita... Pengunjung pulak klik, tang tula dinamakan trafik organik. Nak tahu entri kita terindex atau tak... Actually, sangat mudah sebenarnya. Boleh check tiap kali lepas publish entri ye.

Cara untuk check samada entri terindex atau tidak di enjin carian

Contohnya : tajuk entri terbaru Fiza semalam ialah telur dadar bersayur right.

Just taip tajuk tersebut dan tambah site:fizacrochet.com di belakang. Contohnya...

Telur dadar bersayur site:fizacrochet.com

So far, 5 minit lepas entri tersebut di publish... Ia sudah pun terindex. Cuma, cabaran untuk tersenarai di page utama enjin carian jelah yang menentukan trafik blog kita banyak ataupun tidak. Part tu... Masih banyak lagi yang perlu Fiza pelajari... Kerana ia melibatkan SEO. 

Apa yang penting di sini, Fiza nak share hanyalah cara untuk mengetahui samaada post yang kita dah publish... Terindex ataupun tidak... Sebab, based on apa yang Fiza baca di kebanyakkan laman... Ada jugak yang menghadapi entri tidak terindex. Yang tu... Next entri Fiza kongsikan...Kenapa entri tidak terindek. Bak kata omputeh... Step by step. Fiza tak nak peningkan kepala korang weekend ni. Hehe...

Mudahkan?

Semoga apa yang Fiza kongsikan, bermanfaat buat kita bersama.

Mudah-mudahan hendaknya. Have a nice day.

#tutorialblog
#index

Post a Comment

6 Comments

  1. Good info sis, slama tok sik pernah juak ada benda index2 tok. Sik pernah ngecek 😊

    ReplyDelete
  2. Ohh sy baru tau ... kalau nak tau yg mana entry kita first page dlm carian google akak tau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap ada fatrank app yang boleh check kedudukan entri di page berapa di enjin carian. Kat situ, kita masukkan keyword... Then, ia akan tunjukkan rank ke berapa. If berada 10 ke atas... Mean, berada di first page la tu. Hehe...

      Delete
  3. thanks atas perkongsian nya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Terima kasih juga kerana sudi singgah di sini 😊

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita