Resepi Nasi Goreng Udang Kering

Assalamualaikum, hai...
Resepi Nasi Goreng Udang Kering | Kisah pagi Rabu kami. Nasi sejuk masih banyak berbaki. Nak buang, membazir pulak. Betul tak? 

Kebetulan, Kak Alia request nasi goreng untuk bekalan. So, tanpa buang masa... Takut pulak lewat ke sekolah, sepantas kilat Fiza memasak di dapur. Mula-mula terfikir nak buat nasi goreng seafood. Sekali check, udang masih lagi tak hilang aisnya.

Bila tengok dalam almari dapur, ada udang kering. Apalagi, terhasillah nasi goreng udang kering. Kat tempat Fiza, satu kilo udang kering mencicah RM60++ harganya tau... Tapi, kami takdelah nak beli sampai sekilo... Paling banyak kami beli pun, dua ke tiga ratus gram sahaja. Cukuplah untuk jadi bahan tumisan. Kan?

Resepi nasi goreng udang kering

Harga udang kering di Sarawak

BAGAIMANA CARA NAK BUAT NASI GORENG UDANG KERING

So, salah satu kegunaan udang kering yang kami selalu buat ialah... Untuk menjadi bahan tumisan nasi goreng. Cara nak buat nasi goreng udang kering amatlah mudah. Anak muda pun... Yang tak reti memasak, boleh pejam mata sebelah je... Jika guna resepi Fiza ni. Haha...

Bahan pun sikit. Antaranya ialah :-
  1. Nasi
  2. Bawang putih
  3. Bawang merah
  4. Cili
  5. Minyak untuk menumis
  6. Udang kering
  7. Sayur sawi dan
  8. Sedikit garam
Cara membuatnya pulak, tumbuk udang kering bersama dengan bawang merah, bawang putih dan cili sehingga halus. Panaskan minyak... Tumiskan bahan sehingga pecah minyak. Masukkan sayur sawi. Masukkan nasi. Last sekali letak sedikit garam. Siap!

Mudahkan?

Alhamdulillah, tercapai jugak niat kak Alia nak bawak bekal nasi goreng pagi tadi... Nasib baik menyempat. Huhu...


Post a Comment

0 Comments