Assalamualaikum, hai...
Isu Minum Terus Air Dari Paip | Pagi-pagi, lepas kerja rumah semua siap. Sementara Nur Ain masih tidur, Fiza suka curi masa untuk membaca online news. Berita Harian la selalunya menjadi laman utama tempat Fiza melepak. Hehe...

Pagi ni, isu pilihan Fiza berkaitan dengan minum terus air dari paip. Isu semalam, tapi harini baru Fiza berkesempatan untuk membaca. Hurmmm... Korang rasa? Baik tak? 

Isu minum terus air dari paip

Boleh tak minum terus air dari paip?

Wallahualam... Pada Fiza, better masak air terlebih dahulu sebelum diminum. Walaupun, mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa air terawat takde masalah untuk diminum terus... Tapi, untuk kesihatan diri... Rasanya lebih baik dimasak terlebih dahulu... Yelah! Berapa lama dah saluran paip rumah kita tu . Mungkin dah berkarat dah pun... 

Walaupun di rumah Fiza takde penapis air, kami dari dulu sampai sekarang memang tak minum pun air terus dari paip. Semuanya dimasak terlebih dahulu. Pernah jugaklah suatu ketika dulu beli air tapisan vending machine... Disebabkan Alia dan Ain pernah demam sekali. Fiza terus stop beli. Hari-hari kena rajin jerang air... Maksimum untuk family Fiza... Satu hari, 4 cerek besar. Haha... That why, tak sampai sebulan... 1 tong gas tak cukup. 

Bagaimana pulak kalau air paip yang keluar bewarna coklat?

Selalunya takdelah lama sangat air keluar color milo... Satu ke dua hari jelah. Kekerapan dalam setahun pun... Jarangla. Biasanya, kami beli je air mineral untuk minum dan masak... Kalau gitu. 

Korang pulak bagaimana? Mesti pasang coway kan... Tak pun cuckoo...