Assalamualaikum,
hai.

Siapakah Pelakon Yang Membawa Watak Aileen Dalam Bahagia Bukan Bidaan? | Pergh!!! Panjang betul tajuk entri malam ni kan... Tapi, selagi tak tahu... Selagi tula nak tahu. Kan! sebelum ni Fiza pernah kata yang Nik ada isteri right. Episod malam ni, isteri dia muncul dengan watak Aileen. First, Fiza ingatkan Sherry Ibrahim... Bila tengok betul-betul macam bukan pun ia.

Haha... 

Apalagi, capai handphone terus google. Sanguppp!! Padahal tak penting pun. 

Gambar pelakon Daniella sya
Sumber dari Instagram Daniella Sya

BIODATA DANIELLA SYA YANG MEMBAWA WATAK AILEEN DALAM DRAMA BAHAGIA BUKAN BIDAAN TV3

Rupanya, nama penuh dia adalah Daniella Sha Yeng Yeng dan dikenali dalam dunia hiburan dengan nama Daniella Sya. Lahir pada 8 Ogos 1988, berketurunan Cina asli, dilahirkan di Alor Setar Kedah dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Dia juga fasih berbahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris.-Sumber : timesnewmalaysia

Berkecimpung dalam kerjaya pelakon, Model, TV host dan DJ. Pernah berlakon dalam beberapa buah drama seperti Sarang, Planet Kiara, Mata-Mata, S.O.S, Manja, Aurora Aishah dan Kapten Cikgu Waiz 2017. For those yang nak tengok gambar-gambar dia yang cantik... Bolehlah pergi ke socmed Daniella Sya...

Instagram : Daniella Sya

Patutla Fiza macam tak tahu kewujudan artis ni... Rasanya kesemua drama yang pernah dia berlakon, satu pun Fiza tak pernah tengok. Tapi... Apa-apa pun, terjawablah sudah siapakah artis yang bawak watak Aileen malam ni.

Sian... Muncul je dalam episod malam ni, dia rupanya seorang isteri yang berpenyakit. Malah dia tahu yang Nik sudah pun bertunang dengan Hana. So, kiranya Hana bukanlah perampas suami orang. Cumanya, Hana tersalah faham.

Adakah Hana masih mahu menerima Nik setelah mengetahui perkara yang sebenar?.... Kita sambung kisahnya malam esok ye. Mata dah ngantuk dah ni.

Selamat malam semua.

#dramatv3
#bahagiabukanbidaan