Assalamualaikum, hai...
Keputusan Minggu Final Da'i Nusantara 2018 | Pejam pelik, pejam pelik... Rupanya dai nusantara musim keenam sudah pun berada pada minggu akhir dan berikut adalah keputusan penuh untuk keputusan akhir program dai nusantara musim ke-6.
  1. Dai pilihan Almas adalah dai adam
  2. Dai pilihan penonton adalah dai haziq
  3. Tempat pertama atau juara adalah dai Adam
  4. Tempat kedua adalah dai imran
  5. Tempat ketiga adalah dai haziq
Alhamdulillah, seperti yang Fiza jangka... Akhirnya Dai Adam dinobatkan sebagai juara dai bagi tahun 2018. Fiza lebih suka persembahan dia yang kedua... Begitu dekat dengan dirinya "Saya Mualaf". Kekadang kita begitu sinis melihat mereka yang bergelar mualaf right... Tapi, hakikatnya lihatlah pada dai Adam. Walaupun baru memeluk Islam dalam masa 8 tahun, dia begitu lantang mengalunkan ayat suci Al-quran. Seorang mualaf ye... Bukannya Islam sejati. Betapa hebatnya dia kan. Semoga terus sukses dan menjadi contoh buat mualaf yang lain. Takde yang mustahil di dunia ini... Yang pasti bersama-samalah kita untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Wallahualam...


Dai Adam juara dai musim ke-6
Twitter

BIODATA DAI ADAM, JUARA DAI NUSANTARA MUSIM KE-6, 2018

Apa-apa pun, nama sebenar dai Adam sebelum memeluk Islam adalah Dizzy Reo Sidul. Berusia 26 tahun. Beragama kristian. Anak bongsu daripada empat beradik. Berasal dari Sabah.

Telah memeluk Islam pada 19 Oktober 2010 dan telah memilih nama Islamnya Muhammad Adam Muhibullah bin Abdullah. Belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dengan pengurusan sumber insan.

Begitulah sedikit sebanyak latar belakang mengenai dai Adam. Semoga dia terus sukses dalam dunia dakwahnya dan bersama-samalah kita berdakwah ke jalan Allah.