Assalamualaikum, hai...
Cara Masak Kupang Paling Mudah | Sebenarnya, Fiza tak makan pun kupang. Tapi disebabkan mak dan bapak nak makan. Belilah untuk dorang. Nak dijadikan cerita, bila dah tahu anak tak makan... Mak secara automatik akan masakkan kupang tersebut mengikut selera anak tekak mereka berdua. Kata mak... Sangat sedap bila direbus. Rasa manis yang amat. So, nak mudah tapi sedap... Dia decide je untuk rebus kupang tersebut dengan 5 bahan sahaja. Bahan pun main campak-campak je.

Entahla! Dari arwah nenek lagi... Sampaila mak, dorang masak campak-campak je pun bahan. Tetap sedap. Kenapa ek! 


Cara masak kupang dengan mudah

CARA MUDAH MASAK KUPANG

Yang tu, nanti-nantilah fikirkan ye. Berbalik 5 bahan untuk merebus kupang tersebut. Berikut adalah bahannya:-
  1. 500gram kupang. Kupang yang kami beli bersaiz kecik ye. 
  2. Serai 3 batang diketuk
  3. Bawang putih 3 biji diketuk
  4. Sedikit garam dan
  5. Sedikit Ajinomoto
Untuk membuatnya pulak. First things first kena cuci kupang tersebut sebersih bersihnya tau. Kalau tak... Nanti terdapat pasir di dalam kupang tersebut. Cara betul mencuci kupang ialah masukkan air ke dalam bekas. Then, tambahkan sedikit garam. Rendam kupang tersebut seketika, lebih kurang 15 minit. Barulah cuci. Memandangkan kupang yang mak beli bersaiz kecik. Tak perlulah berus untuk mencucinya... Cukup dengan menggosoknya menggunakan tangan.

Dah siap bersih. Cucikan dan rebuskan bersama empat bahan yang lain. Macam mana nak tahu rupa kupang yang dah masak pulak... Menurut mak, bila kupang tu dah terbukak atau terngaga... Masaklah tu.

Alhamdulillah, kemain selera lagi dorang makan kupang rebus oiii. Siap request... Ada masa bolehla beli lagi. Haha...  Kami suami isteri menengok je dorang makan. Nak buat macam mana... Encik suami ada gout, seafoods memang dia tolak tepi. Fiza pulak... Pernah cuba untuk makan kupang. Tapi, lansung tak boleh masuk anak tekak... Padahal mak kata sedap. 

Tu la... Walaupun kita ni sama je berambut hitam, tapi tetap berbeza dari segi citarasa makanan. Kan?