Assalamu'alaikum, hai... 
Fizacrochet.com - Dalam episod 10 cinta bukan kristal, Adrian dan Aryana tak jadi ke Genting atas sebab family Adrian dah buat dulu plan nak sambut harijadi Adrian. 

Kredit : basahjerukofficial.net
Tetapi itu tidak mematahkan semangat untuk Aryana dapatkan Adrian. Dia mula ambik hati anak-anak Adrian dengan keluar bersama mereka tengok wayang,  makan aiskrim dan bermain di mall. Apalagi anak-anak Adrian yang sesungguhnya dahagakan aktiviti sedemikian rupa... Memangla suka. Al-maklumlah, mama dorang sibuk dengan kerja dan belajar... Memang peluang la untuk Aryana dekati Adrian. 

Di pejabat pulak, Aryana sejenis yang pandai bodek bos. Mentang²la Datin suka kat dia... Keluar masuk office ikut dia je... Sampaikan staff lain sakit hati tengok Aryana. Melihatkan Aryana rapat dengan Dato' Manan,  Adrian pulak turut cemburu. 


Satu hari, Sofea dan Adrian tak dapat nak ambik anaknya di sekolah... Sudahnya, Adrian mintak bantuan Aryana untuk ambik anaknya di sekolah. Masa di hadapan pagar rumah... Sofea terlihat Aryana begitu mesra dengan anak perempuannya... Apakah yang berlaku seterusnya... Kenalah tunggu episod 11 ye. 

Nampak gayanya, konflik dalam drama tersebut semakin kompleks. Hurmmm... Siapa suruh, takde masalah... Carik masalah. Kan? Emo pulak fiza tengok watak Adrian dan Aryana. 😤😤😤

#AkasiaTerbaru
#CintaBukanKristal