Assalamu'alaikum, hai... 
Siapakah Cik Manggis, Pembawa Watak Emma Dalam Drama Alamatnya Cinta? | Masa Fiza buat sedikit research sebelum publish entri sinopsis drama Alamatnya cinta... Mata Fiza terpaku pada satu nama ni. CIK MANGGIS. siapa artis yang guna manggis sebagai nama pena dia? Haha... Bab² artis Fiza tak tahu sangat. Bila nak perlukan maklumat, baru cuba nak kenal. Biasalah... Dah adat,  tak perlu buat apa nak carik kan. 

Nurshazwani Shamsuddin atau cik manggis

Rupanya Cik Manggis dah berkahwin dan nama sebenar dia ialah Nurshazwani Shamsuddin. 29 tahun dan merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur. Merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam. Kenapa guna Manggis sebagai nama pena dalam dunia hiburan?... Rupanya ada kisah di sebaliknya. 

Dikenali dengan nama berkenaan sejak zaman dirinya bergelar penuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, dia tidak terfikir untuk menukar nama unik terbabit kepada yang lain.
"Semuanya bermula ketika saya menuntut di UiTM, Shah Alam, dalam bidang pengajian skrin pada 2007. Hendak dijadikan cerita, ketika itu ada empat rakan serumah yang dipanggil Wani. Jadi, untuk membezakan kami, kena ada cara lain untuk memanggil diri masing-masing. Akhirnya, teman-teman mula memanggil saya dengan nama Manggis kerana saya memiliki mata putih yang besar seperti isi buah manggis. "Dengan nama itulah juga saya dikenali di kampus. Saya diberi peluang terbabit dengan projek filem pendek dan sebagainya. Jadi, nama Manggis memberi tuah kepada saya," kata penyanyi, pelakon dan penari berusia 28 tahun ini.
Begitupun, isteri kepada pemain bola, Syazmin Fidaus Aminuddin ini berkata, ketika mula-mula menceburkan diri dalam arena seni, ada beberapa syarikat produksi dan stesen televisyen yang mahu beliau menggunakan nama sebenar.
"Saya bagaimanapun berkeras mahu dikenali dengan nama Cik Manggis. "Nama itu sudah menjadi identiti saya, termasuk di laman sosial. Saya rasa, tiada orang lain yang menggunakan nama buah manggis sebagai pengenalan diri," katanya.-Sumber : BH Online
Alkisah... Mana datangnya nama cik manggis. Dah agak dah... Mesti ada sebab, kalau tak, tak kan saja² nak bubuh nama buah kan? Betul tak? 

Apa² pun, siapa peminat cik manggis dari De Fam... Set the date ok! 20 Ogos ni... Drama Alamatnya cinta akan mula ditayangkan... 

Bye...