Assalamu'alaikum, hai... 
Blogger Pro, Aplikasi Baru Untuk Update Blog | Jam di handphone, menunjukkan 1.40 pagi... Tapi, mata masih tak mengantuk lagi. Nak kata fikirkan pasal template blog... Tak habis edit lagi... Tak jugak! Bila mata dah tak mengantuk, Fiza pun cuba untuk blogwalking... Dan, blog yang selalu tempat Fiza lepak adalah blog kepunyaan mariafirdz

Tertarik pulak Fiza tengok aplikasi yang dia kongsikan... Di mana, aplikasi tersebut merupakan aplikasi yang boleh digunakan untuk tujuan mengemaskinikan blog dengan mudah tanpa menggunakan browser. Apalagi, Fiza pun terus install. Oh! Ya, space aplikasinya pun kecik... 5.24mb sahaja... Duatiga saat dah siap install. Pendek kata, sangat ringan dan jimat ruang storan. 

Cara mudah update blog guna aplikasi blogger pro

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN APLIKASI BLOGGER PRO

Alhamdulillah, inilah entri pertama yang Fiza taip menggunakan aplikasi tersebut. So far, so good jugaklah... Memang sesuai untuk mereka yang suka update blog menggunakan smartphone. Cuma tu la... Font tak boleh resize. 

Tapi, boleh jugak... Lepas siapkan draf dalam aplikasi tersebut... Kemudian, edit menggunakan browser. At least, ia memberi kemudahan untuk membuat draf sebelum disiarkan. Kan? 

Dengan menggunakan aplikasi tersebut jugak. Entri terus boleh publish. Nak letak label, link pun boleh. Sangat mudah 😊

Selain daripada itu... Gambar pun boleh terus dimasukkan ke dalam draf seperti biasa. Kemudian, part paling menarik Fiza rasa... Ia memudahkan untuk kita share entri kita tanpa perlu bukak browser. 

Nak buat alignment font mudah... 

Lepas ni, lagilah mudah kerja Fiza nak draf entri... Alhamdulillah, semoga matlamat nak berkongsi maklumat di alam maya terus kekal di sanubari. Al-maklumlah, kekadang bila susah nak update blog guna smartphone... Mulalah, malas nak fikir tentang blog. Harap lepas ni... Dah ada applikasi ni... No more malas-malas. Hehe. 

Terima kasih buat mariafirdz kerana dan berkongsi maklumat mengenai aplikasi blogger pro. Tak rugi pun kita mencuba.