Assalamu'alaikum, hai... 
Rancangan TV Apa Yang Menarik Semalam?  | Alhamdulillah, syukur di atas nikmat yang Allah berikan...  Semalam, lepas Alia dan Ain tidur lebih kurang jam 9 malam... Fiza dan encik suami pulun tengok Da'i musim ke-6... Lepas tamat Da'i, sambung pulak tengok drama cahaya Malaika. Ya Allah... Dua rancangan berbeza... Namun isi cerita sangat menyentuh jiwa. Allahu Akhbar. 

REVIEW UNTUK RANCANGAN DA'I NUSANTARA MUSIM KE-6

Semalam merupakan minggu ketiga untuk program tv Da'i Nusantara musim ke-6. Hanya tinggal 8 orang peserta lagi untuk bersaing... Di mana, Da'i Danial dan Da'i Syazwani telah tersingkir pada minggu ke-2.

Biodata ringkas dai danial

Biodata ringkas dai syazwani
Tersingkir pada minggu ke-2, Da'i Nusantara Musim Ke-6

Minggu ke-3 bertemakan peribahasa dan Fiza lebih tertarik dengan persembahan Da'i Adam dan Da'i Raisya. Biar pun mualaf, Da'i Adam begitu tenang dan santai menyusun hujah. Setiap minggu, Da'i Adam mendapat pujian. Begitu juga dengan Da'i Raisya... Biarpun paling muda dan hanya dia sahaja peserta wanita yang ada... Tapi, setiap minggu dia menampakkan semangatnya yang tidak gentar. Malah, pada minggu ni... Raisya begitu hebat melantunkan bahasa. 


Walaubagaimana pun, pada minggu ke-3 juga ada penyingkiran... Di mana Da'i Wafi terpaksa disingkirkan. Apa² pun, sudah menjadi adat... Ada yang menang... Ada yang kalah. 

Wallahu'alam... 

REVIEW UNTUK DRAMA CAHAYA MALAIKA

Habis menonton Da'i... Sambung pulak drama cahaya Malaika. Seperti biasa, sebelum menonton drama... Fiza akan cari dulu sinopsisnya di internet. Tak nak buang masa. Fiza jenis yang... kalau sinopsis tak menarik dan pelakonnya pun Fiza tak minat... Memang tak akan menonton. Tapi tidak untuk Cahaya Malaika. Berdasarkan perkongsian maklumat oleh blog budiey.com... Drama Cahaya Malaika pernah ditayangkan pada 6 November 2015... Fiza tak pernah tengok pun sebelum ni... Masa tu umur Ain baru 9 bulan lebih... Fasa di mana Fiza sibuk melayan dia dan kak Alia... Mana mungkin ada masa sangat nak menonton. Sekarang ni lain la... Waktu tidur dia dah tetap... Jam 9 atau 10 mesti dah tidur. Kena latih... Nanti dah sekolah... Takdela, 'LIAT' nak bangun... Kan?... Bila dorang dah tidur, masa tula Fiza manfaatkan sehabis baik untuk siapkan apa yang patut... Jika ada masa, menonton jugak rancangan tv. 😜

Berbalik kepada drama Cahaya Malaika... Antara pelakon yang terlibat dalam drama tersebut, ialah Que Haidar sebagai Ezra, Sharifah Shahora sebagai Lily, Riz Amin sebagai kawan Ezra, Roy Azman sebagai Dato', Normah Damanhuri sebagai Mak Ngah. 

Kemudian, untuk sinopsis... 

Drama Cahaya Malika mengisahkan tentang Ezra (Que Haidar) seorang penulis yang menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel, seterusnya dibebani hutang... Sekaligus mengheret isterinya Lily dan anak mereka Hanna hidup dalam kesusahan.😭

Cahaya malika
Kredit : kepalabergetar

Ezra memulakan kehidupan baru dengan membawa keluarganya tinggal di kampung... Di rumah peninggalan arwah ibunya, untuk menyelamatkan diri daripada ancaman Along. Namun dia tidak mengetahui yang Mak Ngah, adik kepada arwah ibunya juga mahukan rumah peninggalan itu untuk dijadikan rumah inap...

Kehidupan Ezra semakin sukar, dia gagal menyiapkan novelnya, dan isterinya Lily pula mengambil keputusan meninggalkan Ezra dan Hanna untuk mengejar kekayaan dengan menjadi 'high class escort' di bandar.

Kredit : kepalabergetar

Ezra mula rasa tertekan dengan kepayahan menjadi bapa tunggal untuk membesarkan anaknya, ditambah pulak dengan Mak Ngah yang mula bencikan Ezra hanya kerana rumah peninggalan tersebut. Dugaan Ezra tidak berhenti disitu, apabila dia disahkan menghidap barah otak. Ezra bertekad untuk menghabiskan novelnya untuk menjamin masa hadapan Hanna dan dalam masa yang sama mahu terus melawan sakit dan haknya pada rumah peninggalan arwah ibunya itu.

Kredit : kepalabergetar

Akhirnya, isterinya Lily menyedari akan kesilapannya meninggalkan Ezra dan Hanna. Dia merasakan kekayaan tidak menjamin kebahagiaannya. Dia mahu kembali semula kepada Ezra...Namun semuanya sudah terlambat. Ezra menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk Hanna. 😭😭😭

-----------------------

Pada Fiza drama tersebut berjaya meruntun jiwa seorang ibuku... Bila melihat Hanna ditinggalkan Lily... Walaupun masih di bawah jagaan suami. Ya Allah... Tak dapat Fiza nak bayangkan kalau Fiza tinggalkan Alia dan Ain. Allahu Akhbar... Tetapkanlah iman hambaMU ini supaya tiada lansung terfikir di fikiran untuk meninggalkan tanggangjawab sebagai seorang isteri dan anak-anak. Aamiin... 

#dramasangat

Namun... Bila dilihat dari sudut pandang perjalanan ceritanya, banyak pengajaran yang terkandung di dalam drama tersebut... Antaranya :-

#1. Walaupun sesusah mana pun kehidupan yang dilalui, janganlah mengambil jalan mudah untuk menjadi kaya.  

#2. Sesusah mana pun hidup bergelar suami isteri... Biarlah dilalui bersama. Pendek kata, kena selalu beringat 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna'. 

#3. Kenalah selalu bersangka baik. Bila kita bersangka buruk. Padahnya... Kita sendiri yang terima. Contohnya, dalam drama tersebut... Anak mak ngah bawak orang kampung untuk menghalau Ezra, kononnya Ezra menghidap penyakit AIDS. Nasib baiklah kawan Ezra ada untuk menyatakan perkara yang sebenar. Sudahnya, anak mak ngah malu dengan orang kampung disebabkan fitnah yang dia lontarkan. 


Apa² pun, jika diberi skala... Fiza letakkan 4 daripada 5 Bintang... Yang satu lagi mana? 😛 

1 tolak... Sebab drama ni, Fiza dan encik suami berjemaah tanpa sedar mengalirkan air mata. Haha... 

So,  pendek kata... Jadikan yang baik sebagai teladan... Yang buruk pulak, jadikan sempadan. 

Bye 😍