Assalamu'alaikum, hai... 
55 entri pada bulan Julai | Harini... Fiza sekadar sembang kosong... Sekadar catatan mengenai rumusan prestasi blog untuk bulan Julai. 😊


Alhamdulillah, tak sangka boleh menghasilkan 55 buah entri dalam masa sebulan. Tahniah! buat diri 👏👏👏 In shaa Allah, next months kita try satu hari 10 entri. Pergh! darab 31 hari... Bersamaan 310 buah entri. Kemudian darab lagi baki 5 bulan sebelum tahun 2018 berakhir... Dapatlah 1550 entri. Banyak tu. Mana nak dapatkan idea untuk hasilkan entri sebanyak tu... Kan? 

Oh! Ya,  Fiza pernah terbaca jugak satu artikel dari blogger Indonesia... Lupa dah alamat url blog tu, di mana dia mengatakan bahawa update artikel terlalu banyak dalam masa satu hari pun tak elok jugak... Silap-silap, boleh mengakibatkan blog kita terhapus secara automatik oleh sistem blogger. Betul ke tak? Wallahu'alam... 😱

Ada tak yang pernah kena? Atau Pernah dengar tak? 

Tapi, setakat ni... Paling banyak Fiza update dalam satu hari pun... 5 artikel je. 😜... Kekadang tu lansung tak update. Tapi, itu dulu... Sekarang ni, so far... Semangat nak menulis tu sentiasa berkobar-kobar. Semoga aura itu sentiasa ada buat Fiza. Aamiin... 

JENIS ENTRI YANG BOLEH DIHASILKAN

Bila dah lulus google adsense, Fiza kena struggle untuk tingkatkan earning. Tapi,  takdelah sampai diri dan famili tak terurus. Matlamat Fiza... Next year, Fiza harap dah boleh cashout every months dah. Haha... Berangan sungguh kan 😜😝 Padahal nak hasilkan sebuah entri pun kemain payah... Inikan pulak beribu. Boleh juling mata... Haha. Tapi,  kena selalu berfikiran positif... Kena letak matlamat dan usaha seiring... In shaa Allah, andai kena dengan gaya... Takde yang mustahil... Kan?

Bercakap pasal jenis-jenis entri yang boleh dihasilkan... Fiza update... Based on isu semasa, fenomena di facebook... Motivasi diri... Sinopsis drama... Tak menentu jugak la... Kekadang ada masa sesekali update mengenai aktiviti anak-anak je pun... Kalau terlebih rajin... Ada masa,  update resepi... Tempahan kait... Pendek kata... Apa yang terlintas di fikiran, semuanya nak update. Tak kurang jugak mengenai kisah-kisah teladan. 

Tapi... Bab-bab famili ataupun peribadi memang Fiza tapis dan tak semua akan Fiza ceritakan di blog. 

Korang pulak... Bagaimana? 

#PrestasiBlog