Assalamu'alaikum, hai... 
Menantu Nista, 30 Jun 2018 | Bila dalam berpantang... Banyak masa untuk menonton tv. Tapi, tak bermakna 24 hours menonton je. Semalam masa menonton drama halalkah hati yang kucuri, sempat jugak tengok promo cerekarama untuk Sabtu ni... Berjudul menantu nista. 

Drama tv3
Kredit : Laman myinfotaip

Bila dah tahu tajuk... Mulalah mencari sinopsis di internet. Biasanya Fiza layan sesuatu drama based on sinopsis. Nak dijadikan cerita... Terbaca jugak sinopsis menantu nista di laman myinfotaip... Di mana, antara para pelakon yang terlibat adalah seperti Normah Damanhuri, Sherie Merlis, Emma Maembong, Mahmud Ali Bashah dan Syazuwan Hassan.

SINOPSIS MENANTU NISTA

Cerekarama menantu nista mengisahkan tentang Sofea seorang gadis yang mempunyai masalah dengan ibunya, Nora. Sofea sudah berapa lama bercinta dengan Armin, keluarga Armin mahu masuk meminang dan uruskan majlis pernikahan antara kedua mereka, namun dihalang oleh ibu sofea.

Bapa Sofea, Fauzi seorang pemandu van dan jarang berada di rumah. Ibu Fauzi iaitu Nek Yam tiba-tiba jatuh sakit membuatkan Fauzi mahu mengambilnya tinggal bersama mereka. Hasrat ini ditentang keras Nora yang sememangnya tidak sebulu dengan ibu mentuanya.

**********************

Based on sinopsis dan pelakon yang terlibat, macam best... Konflik antara bakal menantu, menantu dan mentua. Mungkin akan menjadi ikhtibar buat kita semua. Save the date ok. In Shaa Allah, ada masa bolehla layan. 

Have a nice day 😊

#CerekaramaTerbaru
#MenantuNista

Nota Kaki : Latest update, Fiza pernah share Kesudahan drama ni. Apa yang berlaku sebenarnya dari A hingga Z. Rupanya Nora ada kisah silam yang membuatkannya tidak menyukai ibu mertuanya. Berikut linknya okeh. 😊