Assalamu'alaikum, hai...
Drama Jangan benci cintaku | Slot akasia terbaru yang akan menggantikan drama halalkah hati yang kucuri. Drama yang juga adaptasi novel ini akan mula disiarkan pada 29 Jun 2018, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam dan semestinya di tv3.

Jangan benci cintaku
Kredit sumber : Panduan.MY

Drama bersiri 28 episod terbitan Suhan Movies & Trading arahan Pali Yahya ini juga turut dibintangi oleh beberapa artis seperti berikut :-

WATAK PELAKON DRAMA JANGAN BENCI CINTAKU


Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda
Izzue Islam sebagai Syazwi 
Niena Baharun sebagai Husna
Amelia Henderson sebagai Damia

SINOPSIS JANGAN BENCI CINTAKU

Drama jangan benci cintaku mengisahkan tentang seorang gadis bernama Rafeeqa terpaksa berkahwin dengan Shahrizal, calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dengan berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.

Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir pengajian Rafeeqa. Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya sikap Shahrizal membuatkan Rafeeqa mengesyaki sesuatu telah berlaku. Saat itu dia mula rasa akan kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yang lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna. Dengan sokongan rakannya Damia, Rafeeqa tidak mengalah untuk kembali memikat hati si suami. 

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran. diri Rafeeqa.

Sejauh mana kesabaran Rafeeqa memikat kembali hati suaminya Shahrizal, kenalah tunggu kemunculan drama ni malam esok.  Daripada sinopsis macam best, kan! Tapi tak taulah macam mana gandingan Sharul dan Zahirah... Boleh ke tak menghidupkan watak dalam drama tersebut. Kekadang kalau watak tak menonjol, ia boleh menyebabkan sesuatu cerita tu menjadi bosan. Betul tak? Tu hanya sekadar pendapat Fiza je. Hehe... 

Jangan lupa tau save the date... Terutamanya for those yang meminati slot akasia. Bye... 

Kredit info : Blog Myinfotaip

#AkasiaTerbaruTV3
#JanganBenciCintaku