Assalamu'alaikum, hai... 
Andainya takdir 2 | Slot Samarinda terbaru menggantikan teratai kemboja. Drama terbitan A. Aida Production ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Akan bersiaran mulai 13 Jun 2018, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3 dan mempunyai 20 episod tayangan. 

Andainya Takdir 2
Kredit Sumber : Myinfotaip

WATAK PELAKON ANDAINYA TAKDIR II
Antara watak yang terlibat dalam slot samarinda terbaru ini adalah seperti berikut :-

Shukri Yahaya sebagai Airil
Nina Iskandar sebagai Fatihah
Puteri Balqis sebagai Aleya
Mas Khan sebagai Nizam
Sheila Mambo sebagai Normah
Idris Md Diah sebagai Jalal
Erry Putra sebagai Mushin
Adiba Yunus sebagai Liza

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2
Kalau dalam andainya takdir 1, sebelum ini kita geram sangat dengan watak Airil lakonan Shukri Yahaya yang menghidap penyakit mental Othello Syndrome yang tidak mahu pergi berubat. Psiko, cemburu melulu dan selalu pukul isteri dan akhirnya membawa kepada penceraian. 

Manakala, dalam andainya takdir 2, Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi.

Fatihah pula mula merasakan kepayahan hidup tanpa seorang suami. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri.

Nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya dan berjayakah Airil rujuk semula dengan Fatihah?? Sama-samalah kita nantikan siaran Andainya takdir 2 next week... Tu pun, kalau tak sibuk beraya. Hehe... Kan? 

#SamarindaTerbaru
#SamarindaTv3
#AndainyaTakdir2