Assalamu'alaikum, hai... 
Notebook Diary String Leaf dah sampai |  Harini lambat bersiaran... Al-maklumlah, weekend... Kena siapkan general cleaning dulu... Baru boleh hadap kerja-kerja online. last two weeks Fiza online shopping notebook diary di Shopee. Alhamdulillah, harini seawal jam 9 kakitangan pejabat pos call bagitau ada pos laju sampai. 

Notebook diary

Mula-mula pelik jugak. Sabtu bukak ke pos office... Rupanya, harini kan undi pos untuk PRU 14... So, dorang kena bertugas. Apalagi, encik suami jugak jadi mangsa pecut naik moto pegi ambik. Haha... 

PENDAPAT TENTANG NOTEBOOK DIARY STRING LEAF

Pada Fiza ianya sangat comel. Bersaiz pasport antarabangsa... Amat sesuai untuk diletakkan di dalam handbag. Bukak je kotak... Terus jatuh cinta. Excited nak tulis. Hehe... Kulit notebook pun leader dan kertasnya pun berkualiti... Kalau disuruh bagi bintang... 5 out of 5 Fiza bagi. Sangat-sangat comel. Fiza beli dua... Satu, RM6.12 plus postage... Fiza perlu bayar RM21. Murah kan... Satu untuk Fiza tulis personal diary, satu lagi Fiza guna untuk urusan blog. 

Kualiti personal diary

Actually, di Shopee terdapat pelbagai design tau untuk notebook ni. Semuanya comel-comel. In Shaa Allah, lepas ni wajib repeat beli... Hehe. 

Dah dapat notebook, petang nanti bolehlah shopping sticker dan tape di DIY Betong... 

Cantikkan notebook diary ni? 

#NotebookDiary