Assalamu'alaikum, hai... 
Sinopsis episod 9 tak ada cinta sepertimu | Hasran singgah jenguk Athea di hospital.  Siap bgitau yang dia dah bersedia nak bersaing dengan Azam untuk merebut hati Athea. Balik kerja dia singgah jenguk Athea... Tetiba terdengar berbualan Athea dan Azam... Athea mintak tolong Azam jagakan Qayyum dan Qhalif... Tapi dia menolak dengan alasan dia ada kerja ke Melaka.

Tak ada cinta sepertimu

Hasran mendengarkan perbualan dorang... Terus berlalu keluar sebelum Azam perasan akan kehadirannya. Nak atau tak... Athea terpaksa susahkan Hasran sekali lagi. 

Dek kerana tak nak menyusahkan Hasran banyak kali,  Athea call ayahnya di kampung mintak tolong jagakan Qayyum dan Qhalif... Sebab takut bini,  mak tiri Athea... Dia menolak permintaan Athea

At the same time,  Azam tak jadi meeting... So, dia setuju baliklah nak jaga Qayyum dan Qhalif. Tapi, dorang seperti terpaksa. 

Masa Athea keluar hospital, Hasran outstation ke Kuantan dua minggu... Tapi dia balik sebelum tarikh sepatutnya dia balik... Tetiba adik Hasran bagitau Athea pindah rumah... Kemain laju Hasran dapatkan Athea. Apakah kesudahan cerita perpindahan Athea... Jadi ke tidak? Kenalah tengok episod 10 malam ni. 

#megadramaterbaru
#megadramatakadacintasepertimu