Assalamu'alaikum, hai...
Cara hilangkan bau hanyir pada ikan dengan berkesan | Hurmmm... Lamanya Fiza tak updated entri berkaitan petua memasak. Seperti yang kita sedia maklum, ikan adalah sejenis makanan yang berbau hanyir. Seandainya bau hanyir tidak dibuang dengan sempurna, ia akan menyebabkan lauk yang kita masak menjadi kurang enak. Silap-silap boleh termuntah dek bau hanyir yang masih melekat. My mom selalu pesan, siang ikan biar sempurna dan dia selalu mengingatkan Fiza tentang cara dan petua. Alhamdulillah, sampai sekarang Fiza menggunakan tips dan petua yang dia anjurkan.

Cara buang bau hanyir pada ikan

Oleh yang demikian, entri kali ni... Fiza nak share jugaklah petua bagaimana nak hilangkan bau hanyir ikan dengan mudah. Cara ni selalu Fiza praktikkan di rumah dan ia sangat berkesan.

1. Buang bahagian Insang ikan
Pertama sekali... Sebelum ikan dimasak, kita kenalah siang ikan sebersih-bersih yang mungkin. Buang bahagian insang ikan dan cuci dengan air bersih. Kekadang, insang yang tidak dicuci bersih jugak boleh menyebabkan ikan berbau hanyir. Itu petua yang pertama dan paling penting.

2. Lemon
Seandainya di rumah ada lemon, boleh jugak gunakan lemon untuk membuang bau hanyir ikan. Caranya.... Sangat mudah dengan hanya titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Kemudian, biarkan ia meresap sebelum dibilas dengan air bersih. Sangat mudah kan?

3. Halia
Tumbuk halia dan gaulkan juga teknik mudah bagaimana nak buang bau hanyir ikan. Selepas digaulkan... Biarkan ia meresap sebelum dibilas dengan air bersih. 

4. Garam
Sama jugak dengan garam. Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan biarkan seketika sehingga bau hanyir hilang. Bilas dan bolehlah di masak mengikut resepi yang kita inginkan.

Tu adalah 4 petua, bagaimana nak hilangkan bau hanyir pada ikan paling berkesan yang pernah Fiza praktikkan dalam kehidupan seharian. If korang ada petua lain yang lebih mudah dan menarik... Jom! Kongsikan di ruangan komen. 

Semoga apa yang Fiza kongsikan akan memberi manfaat buat kita semua. Akhir kata, terima kasih ye kerana sudi singgah dan baca entri Fiza. Tanpa korang, sunyilah blog ni.

#Petuadidapur
#Petuamemasak
#Petuabuanghanyirikan