Assalamu'alaikum, hai...
Pagi ni, selepas subuh terus bergegas ke dapur... Masak apa yang patut untuk sarapan pagi. Alia mintak dibuatkan cucur cempedak kesukaan dia. Dia tau, jiran sebelah sedekahkan buah cempedak semalam... Sebab tu pagi-pagi dah mintak cucur cempedak untuk bento dia harini. 



Lepas tu request pulak nasi goreng ikan bilis. Sementara jam masih awal... Lepas selesai goreng cucur cempedak, Fiza sambung pulak dengan menggoreng nasi.

Alhamdulilah, sebelum ke sekolah Alia dah kenyang dah. So far, Alia takde masalah untuk breakfast. Sebelum ke sekolah, Alia mesti breakfast dulu... Itu yang selalu Fiza tekankan. Breakfast penting... Kalau perut lapar, macam mana nak belajar dan bermain... Takde tenaga kan. Hari-hari ingatkan dia tahun lepas... Tahun ni, so far dah tak payah dah nak kena ulang selalu. Siap je makanan dihidangkan atas meja... Dia terus makan. 

Alhamdulillah, pagi ni kemain selera dia makan. Almaklumlah, cucur cempedak kan... Bukan selalu dapat makan. Berbuah pun ikut musim. Actually, buah cempedak banyak kebaikannya tau... Antaranya :-

1. Buah cempedak mengandungi serat yang cukup tinggi yang dapat membantu melancarkan sistem pencernaan.

2. Mengandungi vitamin A yang mana penting untuk kesihatan mata.

3. Kandungan mineral yang terdapat dalam buah cempedak membantu memenuhi keperluan air dalam badan manusia.

Tu antara 3 kelebihan buah cempedak dan ada banyak lagi sebenarnya. Dalam kata lain.... Buah adalah makanan yang bagus untuk diambil dalam diet seharian selain daripada sayur-sayuran... So far Alia dan Ain takde masalah untuk makan buah. Gen ayah kuat sangat... Hantu buah.