Assalamu'alaikum, hai...
Bila order barangan kait berkurang, bolehlah lepak kejap sambil-sambil  berceloteh di dunia Fiza yang satu ni. Isu harini berkaitan drama ye. Haha... Dramalah sangat.

Sumber gambar daripada google Image

Lately, bila scroll fb... Mesti ada rakan yang updated status pasal drama akasia Hanan dan pakcik bos. Alah... Drama Kekasih paksa rela tu la. Layan tak?

First week, memang Fiza tak layan. Entah, bila ramai yang asyik cerita pasal drama tersebut di fb... Fiza tertanya-tanyalah jugak. Betul ke drama tu best? Haishh... Persoalan tersebutlah yang mendorong Fiza nak tengok.

So, mulalah mencari di tubemate... Yelah, kalau tak nanti tergantung pulak kisahnya... Kalau tak tengok dari awal. Almaklumlah, Jenis Fiza... Kalau tak tau awalan cerita dan layan di pertengahan cerita... Siap!... Siapa yang joined sekaki menonton... Akan menjadi mangsa menjawab setiap persoalan Fiza. Haha... Biasanya, Encik suami rajin layan karenah Fiza. Tapi tidak untuk kali ni. Kemain khusyuk dia melayan. Selesai Maghrib dah terpacak depan tv. Alhamdulillah, tempat Fiza waktu Maghrib 6.49... 6.50 petang gitu, so tak jadi masalah nak tengok. Tapi, now dunia dah maju. Takleh tengok on time pun... Boleh je record. Kan? Tak pun tengok di Youtube.

So far, ok jugak ceritanya... Tak suka watak Shiqin dan Rosnaida. Biasalah, watak antargonis... Confirm orang tak suka. Rasa-rasa Rosnaida dan Am bercerai tak? Ke Hanan dan Am yang bercerai... Sebab episod semalam, Am tengok Hanan masuk kereta Izamil... Rosnaida pulak kembali joined aktiviti sukan lasak dan charity. Di mana... Ia merupakan salah satu penyebab yang membuatkan Am berjauhan dengan Rosnaida.

Macam manalah nanti, kalau Rosnaida tahu... Yang Hanan Khaira adalah isteri Am jugak. Tapi, tulah... Rosnaida dah tinggalkan Am selama dua tahun. Lama tu. Apa-apa pun boleh berlaku. Tapi, itu drama.... Perjalanan ceritanya boleh diolah.

Kalau dunia sebenar, bila dah kena tinggal terlalu lama... Seharusnya atau sebetulnya, Am berbincang dahulu dengan Rosnaida tentang status perkahwinan mereka sebelum ambik keputusan berkahwin dengan Hanan. Zaman dah moden right... Handphone kan ada... Boleh je berbincang melalui video call ataupun berwhatsapp... Itu Fiza kata.

Haha... Buat apa nak pening kepala. Just layan je. Tengok tak episod 19 tadi. Hampir klimaks dah ceritanya. Malam esok, Shiqin pulak muncul. Pecahlah rahsia Khaira dan Am. Apalah yang berlaku lepas tu kan... Bila Rosnaida tahu yang Am dah berkahwin lain. Huhu... 

Kalau ada masa free, In Shaa Allah bolehlah layan besok. Kat luar hujan, Alia dan Ain pulak dah tidur ketika entri ni di publish. Oklah... Nak layan drama Tengku Aqila pulak wei... Hehe.

Good night all.