Cendawan goreng tepung

Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk kita berkongsi cerita. Kali ni cerita Fiza berkaitan cendawan goreng. Buat kali pertama merasa kenalah berkongsi pengalaman... Sedap ke tidak, ye tak? Al-maklumlah, fenomena sekarang... Apa orang buat, kita pun nak buat. Apa orang makan, kita pun nak makan... Lagi-lagi kalau feedbacknya positif. Siapa tak nak try. Ye tak?. Begitulah kuasa viral.

Dah basi pun resepi ni sebenarnya, tapi sekarang barulah berkesempatan nak membuat... Semuanya dek kerana beberapa kekangan. Kekangan pertama, sememangnya penyakit malas banyak sangat. That why, dah basi baru nak try

Semalam masa COD barang orang di Betong, nampak ada cendawan tiram di supermarket... Adik terus beli. Malamnya lepas magrib terus buat projek menggoreng cendawan. Semua pakat tak nak dinner. Nasib baik masak lauk tak banyak.


Cara membuat cendawan tiram goreng rangup 

Ok, nak buat cendawan tiram goreng rangup tak susah sebenarnya... Lebih kurang sama seperti resepi ayam goreng rangup Fiza sebelumnya... Cuma, tepung yang digunakan adalah tepung adabi khas untuk menggoreng.

So, first things first... Bilas cendawan terlebih dahulu... Kot-kot ada bendasing yang melekat. Lepas bilas, carik-carikan agar cendawan tak berair dan cepat timbul bila digoreng.

Then, dah siap carik... Masukkan telur before golekkan atas tepung. Pendek kata, tepung umpama gam... Untuk melekatkan tepung dan cendawan. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.

Seriously, sangat sedap... Cicah pulak dengan sos dan mayonis. Slurpppp.... Licin 3 pinggan kami makan. Nanti ada kelapangan, mesti nak repeat buat. 

Alhamdulillah... Happy tummy semuanya. Begitulah kalau ada adik balik bercuti. Wajib ada sahaja yang nak difikirkan untuk dimasak... Belum lagi kisah jalan-jalan cari makan. In Shaa Allah, bila ada kelapangan nanti... Akan Fiza kongsikan pulak kisah makan-makan kami di simpang 4 Nyabor... Yang mana terkenal dengan mee udangnya yang sedapppp...