Bertukar dari Digi Ke Celcom, Tapi masih menggunakan nombor yang sama | Dulu aku dan encik suami guna bil untuk nombor celcom. Dalam setahun lebih jugaklah kami guna. Masa tu anak baru sorang. So, tak kisah sangatlah bil handphone sampai RM300++ untuk dua orang.

Sumber gambar logo celcom dan digi adalah daripada google image

Tapi, sekarang zaman GST plus anak dah dua. Maka, perbelanjaan pun kena berhemah... Kalau tak pokai before dapat gaji. Haha...

Dipendekkan cerita... Banyak jugaklah perbelanjaan yang mengikut kehendak semata-mata di cut off termasuklah untuk penggunaan handphone. Oleh yang demikian, tahun lepas kami decide tukar je dari bil ke topup biasa. Tak silap, seminggu lagi sebelum raya kot... Encik suami tukarkan. Masalahnya tak boleh terus tukar dari bil ke prepaid menggunakan telco yang sama. So, kena tukar guna telco lain dulu dan guna lebih kurang 6 bulan... Baru boleh guna celcom balik. Encik suami cadangkan guna Digi... Aku ikutkan jelah.

Sepanjang 7 bulan kami guna... Kekadang line digi tak best jugak. Pernah sekali tu. Aku reload RM50. Langgan internet sebulan RM30... Dapatlah 1.5gb untuk internet. Tak guna sangat pun... Baru dua hari guna data habis gitu je. Fine! Aku biarkan jelah. Lagi satu... line still aktif, data mahupun kredit dah habis... Tapi internet tak boleh nak guna.

Bosan dengan situasi sebegitu... Bulan lepas hubby ajak aku tukar ke celcom balik. Alhamdulillah... Setakat ni, celcom laju je. Aku ambik yang magic sim. Still reload RM50 untuk sebulan. RM30 untuk internet dan baki selebihnya untuk call ataupun topup internet. Setakat ni celcom tawarkan free basic internet, di mana boleh chat, whatApp dan internet selagi line aktif. Free data dari 1 pagi hingga 7 pagi then ada free call celcom ke celcom selama 75 minit dan 75 untuk sms also celcom ke celcom... Tu based on internet pack yang kita pilih kot. So far, sampai ke harini... Data internet aku still 1.2gb. Sangat jimat.... Walaupun aku selalu guna browser. Harap-harap jangan ada caj tersembunyi sudah... Ye tak?

Tapi... Pada aku, sama je sebenarnya. Bergantung dengan cara penggunaan kita kot. Lagipun faktor rangkaian jugak... Aku dan encik suami pilih celcom balik sebenarnya... Sebab, kekadang digi problem tempat aku. Nak tak nak... Kenalah tukar balik. Harap-harap... Ni last la aku tukar penggunaan telco. Setia pada yang satu. Haha...

Oh! ya... Nak tukar digi ke celcom magic sim... Encik suami perlu bayar RM10 je haritu untuk dapatkan simcard celcom. Kemudian nak tukar... Kena jugak ke celcom centre. Tu je kot cerita aku tentang tukar menukar simcard...