Tak logik! | itulah adik aku kata... Bila tengok senang-senang je Shira masuk ICU time cubaan untuk membunuh Zara Batrisya. Haha... Drama je pun. Emo pulak adik aku tengok episod 27 cinta si wedding planner.

Sumber gambar daripada google image

Hurmmm... Esok dah episod akhir. Then, lusa dah start akasia terbaru iaitu Tundukkan Playboy Itu. Tapi serius... Benci tengok watak Shira dalam drama tersebut. Tak habis-habis buat hal semata-mata untuk meraih cinta Fariz. Malam esok last episod, mesti rahsia Shira terbongkar. Tak sabar nak tahu... Apakah yang berlaku dengan Shira dan Nadia sebenarnya.

Biasalah... Bila dah ramai yang updated pasal cinta si wedding planner. Sesekali nak jugak layan on time. Alhamdulillah... Area kami waktu Maghrib masuk awal before jam 7 malam. So, takde masalah sebenarnya nak layan. Cuma tula... Bila dah bergelar isteri dan ibu... Banyak sangat kekangan. Tapi... Untuk harini punya episod... Boleh pulak aku ada masa untuk layan. Huhu...