Episod 5 Tuan Anas Mikael... Huhu. Asyik sangat tengok Majalah 3 sampai terlupa tengok Tuan Anas Mikael. Nasib baik baru 5 minit bersiaran. Sekali... Tukar channel... Tengok-tengok Ayu dah pandai bawak kereta bila Tuan Anas Mikael ajar... Dengan syarat, Tuan Anas Mikael hadiahkan senyuman. Dah sudah si Ayu pulak dah... Gedik! Haha...

Esoknya, Ayu belajar masak lagi dengan Chef Wan. Last day katanya. Belajar buat pencuci mulut wei. Kemudian di office, Tuan Anas Mikael berbual dengan K pasal projek yayasan Aiyman. Dorang pun musykil sebab menurut info daripada PA Tun Akhirrudin... Tun memang takde anak bernama Aiyman. Actually, ada sebenarnya... Disebabkan Tun Tak suka ibu Ayu Maisarah... Jadinya, perkahwinan Cik Su dan Aiyman tak direstui... Malah Tun Akhirrudin tak nak mengaku yang Aiyman bukanlah anak dia lagi. Haaa... Sampai begitu sekali.

Sumber gambar daripada google image

Di posisi lain pulak... Batuk Tun Akhirrudin semakin teruk. Tapi still nak ke office walaupun dilarang oleh Tun Amina. Tun sebenarnya dah tahu cara kerja Dato' Azhar anak angkatnya... That why dia still ke office. Di office... PA Tun memberitahu Tun bahawa staff Tuan Anas Mikael ada bertanya, adakah Tun Akhirrudin mempunyai anak bernama Aiyman.

Then... Si Ayu pulak... Kena ambik ujian memandu. Berjaya atau tak... kenalah tengok episod 6 Tuan Anas Mikael.