Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera♥,
Kalau malam Isnin... Peluang hubby tengok bola. Malaysia lawan Myanmar. Aku pun tumpang sekaki... Seronok jugak tengok bola... Siap hampir-hampir bergaduh wooo pasukan Malaysia dengan Myanmar... Di minit-minit akhir. Nasib baik boleh control... Tapi... Tetap bangga. Malaysia menang 2-1. Chaiyokkk... Malaysia boleh!

Semalam pulak... Hubby bagi chance kat aku tengok Lestary. Kisah Diandra... Nak tau sinopsis kisah Diandra. Try google. Confirm! Ada... Last week tengok... Macam best. Tu yang berminat nak tengok this week. Episod ke berapa entah aku pun tak tau. Yang pasti episod terbaru Diandra semalam... Part paling best En. Adam kena penampar dengan Diandra sekali kena tolak dalam kolam. Dian tak tahan dengar cacian dia tu... Siap kata dia tak pernah ada hati dan tak kan jatuh cinta dengan Dian. Kata Dian macam lelaki lah. Pendek kata... Kata-kata dia sungguh menyakitkan hati. 

Bila jatuh kolam... En. Adam tak tau berenang. Nama je anak jantan. Alih-alih Dian lagi yang kena tolong. Haha... En. Adam lemas. Akhirnya Diandra panik dan bawak En. Adam pegi hospital... Dah habis... Lepas habis tengok Diandra. Sambung pulak tengok Asmara Luna. Macam tak best. Masuk bilik... Layan pulak Alia nak tidur. Alih-alih aku pulak yang tertido. Ambik kau...

Hurmmm... Untuk hari Rabu malam Khamis... Yakni malam ni. Sekali lagi aku akan temankan hubby tengok pesta bola merdeka 2013 di mana Malaysia akan lawan Thailand. Siap dah plan dah... Petang nanti nak beli kuaci... Buat hidangan time menghadap bola katanya hubby. Lama haishhh tak layan makan kuaci. Hikhik...

Rasa-rasa Malaysia menang tak lawan Thailand. Kalau tanya aku berapa target Malaysia dapat... 2-0. Haha. Harap-harap lah yer menjadi kenyataan. Kalau dekat tempat perlawanan. Confirm! Hubby tengok live. Lagi semalam ada pengumuman tiket masuk perlawanan Malaysia-Thailand ada discount... Seronok tu...

Haha... Sabo jelah yer dengan cerita aku pasal menonton tv memanjang. Apa yang pasti as a wife kita kena tahu minat suami dan try untuk meminati apa yang suami minat... Baru best menonton. Dulu... Memang tak minat sangat tengok bola. Bila dah kawin ni. Jadinya... Dah terbiasa join sekaki. Kalau game bestlah... Haha... Boleh pulak begitu yer!