Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang aku cipta sendiri... Untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita.

Kali ni cerita aku berkisar tentang sedikit info mengenai panduan berpuasa untuk pesakit Diabetes yang aku petik daripada majalah iSIHAT keluaran bulan ni.

Menurut artikel yang telah aku baca, berikut adalah panduannya :-
  • Memulakan latihan berpuasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban... Kerana menurut doktor, dengan memulakan latihan berpuasa, pesakit diabetes dapat mengenal pasti tanda-tanda sekiranya berlaku sebarang komplikasi.
  • Melewatkan waktu sahur kerana ia boleh mengelakkan pesakit diabetes berpuasa dalam tempoh yang sangat lama.
  • Segera berbuka puasa setelah masuk waktu berbuka. Tetapi hidangan utama diambil selepas menunaikan solat maghrib.
  • Elakkan minuman manis kerana ia boleh mengakibatkan ketinggian paras gula dalam darah.
That it's antara 4 panduan utama untuk pesakit diabetes menjalani ibadah puasa. Diharap ia memberi manfaat kepada kita semua.

InsyaAllah ^_^.