Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah! Shopping baru-baru ni sempat beli buku untuk Alia. 2 buah buku bersaiz 8x8cm keluaran mind to mind yang diberi nama buku blok sayangku. Kecik dan comel. Sebesar telapak tangan aku jer... Haha. Harga pun murah. RM7.90 satu. Murah sangat. Aku beli yang jawi satu dan tentang nombor satu. Ada banyak kategori sebenarnya.


Dan... Ia merupakan buku ke-14 dan 15 dalam koleksi buku Alia... Selepas saya seekor anak dinosour dan saya seorang ahli bomba. Alhamdulillah!. Bagi aku... Buku ni sesuai untuk budak setahun ke atas. Bukan jer comel. Malah... Material pun keras dan tak mudah dikoyakkan. Tapi... Kalau jenis budak ganas. Confirm! Koyak jugak lah. Lagi satu... Isi kandungannya pun menarik berwarna-warni. Cantik!

Berbaloi beli.