Assalamu'alaikum...

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada hari ni Khamis, 21 Mac 2013.

Kemudian... Calon yang menduduki SPM 2012 bolehlah menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10:00 pagi. Mean, sekarang mereka dah boleh semak dah. Mesti berdebar-debarkan.... Huhu... Teringat aku masa ambik keputusan SPM dulu.

Oh! ya, Bagi calon persendirian SPM 2012 pula, mereka akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.... Iaitu tempat mereka mendaftar dulu.

Tapi.... Nak senang tanpa pergi mana-mana... Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.

Tahniah buat adik-adik semua. Selamat maju jaya.