Assalamu'alaikum ♥,
Pejam pelik pejam pelik esok dah Isnin. Seperti biasa hari Isnin mesti ada rancangan tv yang menjadi kegilaan ramai... Tu pun kalau citernya best la kan.

Before ni... Tv3 dihiasi dengan slot akasia setia hingga hujung nyawa... Kali ni, pengganti citer baru adalah Rindu bertamu di Abu Dhabi. Esok bermula la episod 1 rindu bertamu di Abu Dhabi.

Dengar khabar lagu tema untuk citer ni dinyanyikan sendiri oleh pelakonnya Fahrin Ahmad... Betul ke?

Apa yang aku tahu hasil daripada survey aku... Citernya berkisar tentang Kisah Fahrin Ahmad yang memegang watak Firdaus  yang telah difitnah bersekedudukan dengan Tasha Shila yang memegang watak Ain Farohah. Hal ini membuatkan Fahrin Ahmad dihalau oleh ayahnya.

Kemudian... Dikatakan jugak setelah berkahwin dengan Tasha shila, Fahrin Ahmad pergi membawa diri ke Abu Dhabi dan bekerja di Sana. Namun, sebelum perkara ni berlaku... Fahrin dah pun bertunang dengan Fauziah Ghous yang memegang watak Fatin Zaharah.

Komplek juga plot citernya. InsyaAllah... Kalau berpeluang, aku akan tengok. Hehe...