Hola ,
Masa Alia tidurlah... Peluang keemasan aku untuk update blog. Kalau dia bangun takde maknanya aku nak update blog... Tengok jer hp kat tangan aku, siap! hp tu pasti diambil budak cinonet entah tahu ke tidak siapa punya. Main redah jer... 

Kalau dah 7 tahun, memang lawan gaduh aku ler jawabnya. Haha... Itukah sifat seorang ibu yang baik untuk mendidik anak-anak?

Lu pikiq la sendiri bak kata Nabil. Hohoho...

Baiklah... Kalau nak citer pasal Alia, sampai bila-bila pun tak habis.

So, berbalik kepada tajuk entri... Kali ni aku nak kongsi lah sedikit tentang kata kunci yang selalu orang cari. Pendek kata paling popular dalam carian google yang terarah ke blog aku... Ececeh! Bukan riak tapi nak berkongsi. Nanti bolehlah siapa yang berminat... Buat entri pasal kata kunci yang aku maksudkan.

Walaupun jumlahnya tak ratusan ribu seperti blog lain... Tapi, Setiap masa pasti ada yang mencari terutamanya keyword Blog S*ks Sumptuous Erotica . Serius! sejak ia heboh diperkatakan sampailah sekarang... Orang masih mencari info mengenainya... Tapi entri aku bukanlah berbaur lucah tapi lebih kepada kupasan mengenainya.

Namun, bukan tu jer... Ada lagi keyword lain yang orang cari... Dan di antaranya adalah seperti berikut. 


Apa-apa pun... Itu adalah serba sedikit info mengenai kata kunci yang famous orang cari di blog aku untuk minggu ni. Namun, keywords yang aku kongsikan ini setiap masa orang cari weiii until now. Serius! Aku tak tipu. Buat apa nak tipu... Free dapat dosa ye dak? Apa...pun tak boleh, bak kata kumpulan Jambu. Malam Jumaat...Maharajalawak mega 2012. Dengar citer dari rakan blogger lain Jozan adalah pemenang untuk maharajalawak mega 2012. Tahniah! buat mereka... Belum terlambat lagi kan untuk aku ucapkan tahniah buat mereka.

Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit manfaat walaupun tak banyak kepada rakan yang lain. Takpe... Sikit-sikit, lama-lama jadilah bukit kan. Tak gitu?

Nota Kaki : Alhamdulillah! Duit nuffnang semakin bertambah walaupun sedikit. Kononnya nak kumpul buat beli baju Alia, jadilah... InsyaAllah!