Hola 

Semalam Fiza terbaca satu artikel di Melayukini.net mengenai kisah di Negara China di mana terdapatnya seorang kanak-kanak bernama Nong Youhui yang memiliki mata seperti seekor kucing. Walaupun aneh di mata kita as a human, namun adik ini mempunyai kelebihan di sebalik matanya yang unik itu di mana mampu melihat secara jelas ketika berada di dalam suasana yang gelap


Menurut artikel tersebut, adik Nong Youhui dikesan mempunyai  keunikan mata seperti mata kucing itu ketika berusia baru 2 bulan. Walaupun doktor mengatakan bahawa fenomena itu akan hilang, ternyata sehingga kini belum terdapat sebarang perubahan kepada diri adik Nong Youhui.

Itu cerita tentang adik Nong Youhui yang mempunyai mata yang unik. Bagaimana pula dengan adik Amillia Taylor ?

****************************************************************************************

 سبحان الله

Betapa agungnya ciptaan Allah. Pada Fiza setiap apa yang Allah anugerahkan kepada kita pasti mempunyai mesej dan hikmah di sebaliknya. Janganlah kita berasa malu atau tidak bersyukur ke atas apa yang kita miliki kerana ia adalah satu cara untuk Allah menguji sejauh mana keimanan kita

Sama-sama kita renung-renungkan.