Hola,

Hurmmm, perkara yang paling saya tidak suka ialah menangis tiada sebab... Ahakss. Ada ke nangis tak bersebab... Setakat ni tak pernah ada orang nangis tak bersebab... Kecuali orang G.I.L.A... yer tak?

Tapi kan... Cakap pasal nangis dan sebab... Pasti kita pernah menangis dek kerana mengupas bawang merah.  Betul tak?... Kalau Atiey kata dengan meletakkan bawang dihujung pisau... Fiza pun ada tip jugak untuk mengupas bawang merah agar kita tidak menangis percuma... Heee.


Kalau nak tahu... Cara-caranya ialah :-

Rendam bawang dalam bekas berisi air… Senangkan.... Boleh jer kupas terus bawang yang direndam tadi. Cara ini saya selalu gunakan ketika mengupas bawang merah selain daripada mencucuk sebiji bawang merah di hujung pisau… Kekadang tu, dua-dua saya buat... So, taklah pedih sangat mata at least kurang la kan. Huhu. 

Tapi, ada gak orang kata... Simpan bawang yang belum dikupas di dalam peti sejuk, keesokan hari pasti boleh dikupas tanpa menyebabkan mata berair… Benar atau tidak. Wallahualam. Nanti Saya nak cuba. Kalau betul akan saya kongsikan di lain entri... Okeh!

ILmu yang sedikit untuk dikongsikan dan semoga kita mendapat manfaat daripada tip ini.

Selamat Mencuba!