Fakta 1 | Tidur oh Tidur

Salam semuanya,



Hehehe... ini entri terakhir aku untuk hari ini. Entahlah jari-jemari aku ni asyik nak kemaskini blog jer kerja dia. Huhuhu. Tu dia kot, terkena kejutan budaya... Seronok sangat, baru jer beberapa hari buat blog. Jangan "Hangat-hangat tahi ayam" sudah. InsyaAllah, akan aku teruskan dunia penulisanku di blog ini.



Jadi, Dipendekkan cerita, entri ini berkisar tentang tidur seketika pada siang hari. Almaklumlah, semalam aku tak dapat nak pejamkan mata, jadi aku bacalah beberapa buah majalah koleksi aku. Hohoho, aku suka beli buku dan majalah. Tapi bukan ulat buku.... Ceeewah! merendah dirilah pulak. Kemudian terjumpa artikel tentang tidur siang dalam Majalah Wanita... Hehehe. kenapa tak ada tentang tidur malam? apa-apa pun nak dijadikan cerita tidur seketika dalam beberapa minit di siang hari mampu meningkatkan semula tenaga. Ia umpama menjana semula bateri yang semakin berkurangan dan mengharmonikan kembali otak yang berserabut sepertimana yang disifatkan oleh Dr William A Anthony dan Cemile W Anthony dalam buku mereka The Art of Napping at work. Tidak rugi berehat seketika kerana selain mendapat banyak kebaikan, ia juga mampu meningkatkan lagi daya tumpuan kita. Tu dia... Siapa followers or bloggers yang suka tidur sebegini? banyak kebaikannya. Fakta tau, bukan auta. Hehehe. Itu sahaja yang dapat aku coretkan untuk malam ini. Selamat Malam semua !!!

Post a Comment

4 Comments

  1. As Salam. Sekadar berziarah. :-) Blog awak menarik dan warna-warni.Hehe.

    ReplyDelete
  2. thanks singgah kt dunia ayu...
    tp sory kalo tegur yep... kt sblh kanan ade klip2 kan....
    rasenye mcm x ptut kot... org xleh nak shout kt shoutbox awk...huhhu...

    ReplyDelete
  3. betul tu, tapi kalo tidur lama2 nanti lembab otak tau... :)
    p/s: hehe..dah boleh. jom exchange link..

    ReplyDelete
  4. Salam..
    comel blog fiza:)
    aku 2-3 kali tido siang camno tu? haha

    toxin banyak kot!

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com