07 March 2019

Dulang Boy, Telefilem 9 Mac 2019 Di TV3

Dulang Boy, Cerekarama 9 Mac 2019 Di TV3

If berkesempatan, takde apa nak buat... Bolehlah menonton cerekarama terbaru di tv3 hujung minggu ni. Berikut adalah sedikit info mengenainya...

Cerekarama dulang boy
Sumber gambar daripada laman myinfotaip

JUDUL : DULANG BOY
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 Mac 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Nur Izni Binti Jamaludin
PENGARAH : Megat Sharizal
PRODUKSI : Konda Kondi Studios
PELAKON : Armand Ezra, Mimi Lana, Indah Emeerlda, Asmidar, Anas Ridzuan, Ungku Hariz, Azman Hassan, Naque Ariffin dan Fathi Kamil

SINOPSIS DULANG BOY

Sebuah telefilem bersempena DFKL 2019 yang mengisahkan tentang malam sebelum majlis akad nikah Kak Ros, adiknya Kerol Lazania (KL), 10 tahun dipanggil untuk membuat raptai angkat dulang. Kerol ditugaskan untuk mengangkat dulang kasut yang akan diberikan kepada pengantin lelaki. Kasut yang diangkatnya itu ialah kasut idamannya. 

Pada pagi pernikahan, ketika semua orang sedang sibuk buat persiapan, KL dan kawan baiknya, Yoyo, secara senyap-senyap meminjam tanpa izin kasut itu untuk mengambil gambar. Sambil mereka bergambar di padang, KL terpijak lecak dan mengotorkan kasut itu. Dia dan Yoyo cuba mencucinya. Macam-macam cara mereka guna sehingga kasut itu terkoyak.


Apakah yang akan terjadi... Adakah KL dimarahi oleh Kak Rose? Atau KL gantikan kasut tersebut dengan kasut yang baru... Atau majlis Kak Rose dibatalkan gara-gara kasut idamannya terkoyak.

Hurmmm... Baca sinopsis, kisahnya lebih fokus kepada kasut idaman pengantin. Best ke tak? Kenalah save the date. Kan?

#telefilemterbaru
#cerekaramasabtu
#dulangboy

2 comments:

  1. Mun sikda pa2 mau diat juak, cerekarama mlm sabtu tv3 antara yg ditunggu. Slalu best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah... Selalu best jalan ceritanya. Tapi, mun kamek... kadang-kadang tv nangga kamek. Haha... berapa minggu dah sik layan cerekarama. Hehe

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com