Semua Ada Waktunya!

Semua Ada Waktunya!

Semua ada waktunya
Jangan membandingkan hidup kita dengan orang lain. Tidak ada perbandingan antara matahari dan bulan, mereka bersinar saat waktunya tiba. 

Yup! Kata-kata motivasi yang sering Fiza lafaz dan ingat di kala rasa down menyelubungi diri. Siapa kita untuk menidakkan rasa di hati... Bila ada manusia yang sanggup berkata sinis. Kekadang ada jugak terasa... Bila orang berkata "Kenapa tak buat kutu emas, bolehlah kumpul emas"... Tak kan tak boleh kot, suami bergaji besar.

Tak pernah lagi rasa malu takde emas besar-besar... Tak pernah lagi rasa untuk menyusahkan suami. Lagi-lagi sekarang kami laki bini dalam proses menyiapkan rumah. Itu yang penting. Apa-apa pun, Fiza mampu balas dengan senyuman, bila mana ada orang yang mempertikaikan rezeki... Dan sabar. Berkat sabar dan syukur... In Shaa Allah, one day ada rezeki bolehla beli. 

Lagipun, Fiza sejenis manusia yang takut untuk berhutang. Selagi hutang tak langsai, selagi tula tidur tak lena. Haha...

Percaya Pada Rezeki

Begitu jugak dengan rezeki kerja. Yes! Dulu Fiza pernah give-up, tapi kini bila Fiza belajar erti bersyukur... Alhamdulillah, kehidupan berjalan dengan lancar tanpa keluhan. Maybe masa tu suka sangat bandingkan diri dengan orang lain. That why, stress memanjang. But now, Alhamdulillah... Fiza belajar untuk sentiasa berfikiran positif. Percaya yang Allah tak zalim dengan hambaNYA. Kan?

Chaiyokkk! Pepagi kena motivasikan diri... Barulah tak lemau, bak kata my husband. Hehe. Sabar yer dengan ayat merapu Fiza pepagi ni.

Have a nice day :-)

#quotes
#quotesoftheday

Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com