Semperit susu sukatan cawan, sedap dengan hanya 3 bahan - Assalamualaikum, Anak-anak Fiza cukup suka makan biskut semperit susu. Kebiasaannye, Fiza buat sendiri je. Resepi pun guna resepi yang mudah. Pendek kata, tak banyak bahan dan tak banyak step nak buat. 

So, entri kali ni Fiza nak sharela resepinya di blog dan dalam masa yang sama bolehla tambah koleksi resepi di sini. Nanti boleh rujuk balik bila nak buat semula ^_<.

Alhamdulillah, siap jugak persiapan raya kudapan kedua dengan tema biskut semperit susu yang popular menjadi kesukaan ramai... Selepas siapnya sebalang besar dahfa seaweed.



CARA MEMBUAT SEMPERIT SUSU SUKATAN CAWAN

Untuk membuat semperit susu mudah dan sedap. Bahan pun sikit dan hanya perlukan cawan sebagai sukatan. Antaranya ialah:-
  • 2 1/4 Cawan Tepung jagung
  • Buah ceri untuk hiasan
  • 1/2 Cawan Susu Pekat dan
  • 1/2 Cawan Butter
Cara menyediakannya pulak... Campurkan susu dan butter, gaul sehingga sebati. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi doh lembut. Tak payah letak pewarna pun takpe. Tapi kalau korang nak semperit korang bewarna-warni boleh je letak. Ok! 

Biarkan setengah jam dan terap menggunakan acuan. Kemudian rehatkan lagi setengah jam biskut yang telah diterap.  Kenapa doh perlu direhatkan? Ahhha... Itulah petua supaya bunga biskut tak rebah atau penyek. 

Kemudian... Hiaskan di atasnya menggunakan buah ceri dan bakar dalam oven selama 15 hingga 20 minit dengan 160°.

Alhamdulillah... Dengan harga buttercup RM5.80, ceri sebungkus RM1.00, susu pekat jenama dairy champ beharga RM2.90 dan sebungkus tepung jagung RM1.60... Dapatlah 150 biji biskut semperit susu. Kalau jual 100 biji RM12... Fiza rasa 2 kali ganda untungnya. Sebab... Bahan baru separuh digunakan. Haha...

Video Cara Membuat Semperit Susu Guna 3 Bahan



Sumber : Youtube

Baik buat sendiri. Puas hati... Suami dan anak-anak pun merasa air tangan sendiri. Ye tak?