Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Rayuan Semakan Permohonan Google Adsense | Dalam blogpost Fiza berjudul ‘Blog kena removed’, Ejulz salah seorang rakan blogger yang ada komen… Katanya tak reti nak buat rayuan AdSense. Actually, Fiza pun tak reti sangat… Tapi best on pengalaman Fiza. Insya Allah, mana tahu boleh bantu sedikit.
Dulu dalam tahun 2016, Fiza pernah mohon AdSense dan dukacitanya permohonan kali pertama Fiza ditolak. Kenapa? Antara alasan yang mungkin menjadi penyebab mengapa google AdSense ditolak pada masa tu adalah seperti berikut :-
- Domain terlalu baharu atau kandungan terlalu sedikit - Blog belum mempunyai kandungan yang mencukupi untuk dinilai. Yes! Fiza akui. Masa tu tak banyak lagi. Malah sampai sekarang pun… Dah 15 tahun menulis blog, bilangan blogpost still tak mencecah 3K. Secara kebetulan, blogpost ni adalah yang ke 3000. Kebetulan betul ek! 🫢
- Laman masih belum lengkap - Tiada halaman penting seperti About, Contact, Privacy Policy atau navigasi yang jelas. Masa tu tak reti lagi. Lepas di reject terus ubah template blog. Then, baru lulus AdSense.
- Kandungan melanggar polisi - Mengandungi bahan berhak cipta, kandungan dewasa, perjudian atau kandungan lain yang tidak mematuhi dasar google. So, masa tu memang Fiza check satu-satu blogpost. Mana-mana yang rasa macam melanggar polisi tu, Fiza terus delete.
- Masalah teknikal - Laman sukar diakses, banyak ralat, terlalu perlahan atau terdapat pautan rosak. Part ni kena check performance blog. Kalau ada broken link, kena buang satu-satu. So agak leceh la. Tapi berbaloi bila dah dapat AdSense.
- Download - Masa tu suka betul download cerita, lepas tu letak di blog. So, kiranya tidak dibenarkan. Nak atau tak, wajib delete.
Tu antara sebab kenapa AdSense Fiza ditolak... Lepas ditolak Fiza terus buat rombakan. Al-maklumlah, semangat masa tu berkobar-kobar bila tengok ramai blogger yang dapat AdSense. 😂 Dah settle semua… Try buat rayuan. boleh tengok contoh email di bawah yea. Mana tahu boleh jadi panduan untuk Ejulz buat rayuan. Try tau. Dapat nanti jangan lupa share di blog.
Good luck Ejulz… Semoga boleh membantu awak.




8 Comments
Kmk masa mula2 install Google Adsense pun mala kenak reject. Jadi setiap bulan kmk akan click request review button smp berjaya 😬. Adalah dalam 4 bulan juak mala klik request review button baru approved. Kesimpulannya sebab agik terlalu baru jadi ambik masa Adsense mok crawl content blog & kumpul PV yg melayakkan blog dpt engkah Adsense.
ReplyDeleteBena ya. Dolok masa kamek kenak tolak yang pertama Kali kamek terus hantar email jak dengan sidak.
DeleteGood luck buat Ejulz
ReplyDeleteCaiyok-caiyok 🫢
DeleteKena hantar emel ye..Linda ingat tekan² je dekat website adsense tu.. hahaha.. Linda punya katanya kurang berinformasi.. yelah, blog cerita pasal diri sendiri je..hihihi
ReplyDeleteFiza ambil pendekatan dengan menghantar emails je dulu bila kena reject. Tau-tau dorang reply.
DeleteBlog saya ada memohon adsense, tapi siput..boleh tak buat entri menaikkan klik iklan adsense.
ReplyDeleteDulu masa aktif berblog, setiap bulan boleh cash out cikgu. Dua tiga tahun ni jarang sangat dah boleh cash out. Lagi pun logarithms google sekarang banyak yang dah berubah. Tak terkejar dah. Sekarang ni pun Fiza baru dapat kumpul Usd95 dalam masa 7 bulan. Maaf ye cikgu tak dapat nak tunaikan permintaan cikgu. Maaf yea. 😔
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.