Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
BLACKOUT MEMANJANG | Ni kisah semalam, takde ribut takde petir... Start 6 petang sampaila jam lebih kurang 12 malam... Tempat Fiza blackout lagi. Kebiasaan berlaku, dalam sebulan tiga ke empat kali mesti blackout. Entahla! Dah tahun 2025 kot, tapi tempat Fiza still ada masalah elektrik dan air. Bila dibuat aduan, alasan dorang... Kalau tak tiang elektrik tumbang, mesti terlebih muatan. Ok lagi kalau punca dia tiang tumbang. Ni punca dia terlebih muatan. 2025 ye, tak kan takde inisiatif untuk tambah power bekalan elektrik tersebut... Di mana memang sudah diketahui... Bilangan penduduk yang kian bertambah, tapi elektrik masih lagi bermasalah. Ni kalau berlaku di bandar ni, mahunya kena hentam dengan netizen habis-habisan. Nak-nak para peniaga, kan?.Bil makin mahal, tapi servis haukkk. Hurmmm... Tak tahu dah nak cakap apa. Bila kita menyuarakan pendapat, dikatanya kita nak menjatuhkan YB. Entahla! Sabo jelah. Tapi nak sabar sampai bila...
Bila dah bergelap, benda paling penting kena ada lampu dan kipas. Alhamdulillah, Fiza beli lampu jenis ni. Senang nak charged. Lagi satu boleh lekat di mana-mana tempat yang ada daya magnet.
Lepas tu kipas tangan. Senang nak bawa. Nasib baik anak-anak dah siapkan kerja sekolah awal-awal. Bila dah bergelap takde line. Kami berkumpul di ruang tamu sambil bersembang. Macam-macam cerita kami borak. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu. Bila blackout je, nenek atau mak mesti pasang lilin letak atas tin Milo. Lepas tu... Kami adik-beradik akan duduk mengelilingi tin tersebut. Mulalah nenek buka cerita. Khusyuk mendengar cerita nenek sampai tertidur weyh!
Lagi satu, bila bergelap disebabkan hujan lebat. Nenek memang tak bagi kami tidur. Siapa ada pengalaman sama macam ni? Kata nenek, takut terkejut dengar guruh dan petir dalam tidur terus go. Hurmmm... Jauh sungguh pemikiran nenek ye.




13 Comments
yang tiba2 nie la kita stres..kot lah tengah guna elektrik nak baking ke..lama pula tu, 6 jam juga
ReplyDeleteTu la, time raya confirm akan hadap blackout.
DeleteSyukur skrg dah banyak jual kipas dan lampu begitu. Cuma tak seronoklah nak hadap blackout selalu² ni. Betullah kata Fiza tu, skrg dah 2025 kot.
ReplyDeleteKami dulu kalau blackout pasang pelita minyak tanah :)
Betul. Dulu letak pelita sekarang semua dah canggih kan.
Deletelama jugak blackoutnya....kalau kakmieja zaman kanak-kanak blackout, apalagi dok berkumpul main lilinlah jawabnya hehhehehhehe
ReplyDeleteLama kak. Dahla tu hampir setiap minggu hadap. Sabar jelah. 🥴
DeleteSemoga Allah berikan kebaikan atas kesusahan yang dialami. Amin.
ReplyDeleteAamiin. Terima kasih atas doanya.
DeleteSelalu alamai keadaan begini, hati2 menggunakan lilin..letak pada tin atau kaca..selamat..
ReplyDeleteTerima kasih atas nasihatnya.
DeleteMacamney la nenek kitak boleh berfikiran giya. Padahal mun dah tido terus sik dengar apa agik2 😂 best tido mun ari hujan.
ReplyDeleteYalah tek. Padahal time hujan la paling best tido. 🤣
DeleteMasa di asrama sekolah dulu asal blackout je akan keluar cerita hantu hahahha... takut pun dengar jugak ;D
ReplyDeleteDah 2025 ni tak sepatutnya ada masalah terputus bekalan air atau eletrik yang kerap. Kami di sini yang terputus setahun sekali pun dah kecoh. Yang Berkhidmat atau pencacainya tak patut tuduh kita nak jatuhkan mereka bila kita komplen, itu tugas mereka untuk selesaikan masalah dengan pihak yang berkaitan.
Dulu di kampung saya sehingga tahun tahun awal 2000an selalu takde air dan bila hujan air paip jadi keruh. Bila Tok Mat naik jadi Menteri Besar banyak pembaharuan beliau buat termasuk tukar paip usang. Sekarang alhamdulillah dah takde masalah tu di kampung saya. Sekarang ni lebih efektif komplen di sosial media dan minta tolong influencer share merata.
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.