Assalamualaikum,
Selamat Petang.
BREAKFAST MASAK SENDIRI KE BELI? | Zaman sekarang, mudah sebenarnya. Malas masak, start kereta atau motosikal... Pergi pekan, confirm! Ada je makanan terjual untuk sarapan, makan tengahari, makan malam... Malah tengah malam pun ada yang masih order makanan. Betapa mudahnya zaman sekarang kan! Tapi tempat Fiza... Tengah malam memang takde la. Kalau untuk sarapan, makan tengahari atau malam tu... In Shaa Allah, ada.
Walaubagaimana pun, Fiza jaranglah nak membeli kecuali ada kekangan. Lebih suka masak sendiri sebenarnya. Event, kalau jalan jauh sekali pun... Fiza lebih suka bawa bekal, senang! Anak lapar terus makan. Tak perlu nak pening fikir nak makan apa, kat mana. Lepas tu susah pulak nak cari tempat parking. Bukan kata tak pernah makan kat luar, tapi jaraaaang sangat! Bukan kedekut ek! Hehehe... Tapi, entahla... Memang sejenis yang tak suka makan kat kedai.
Itu pengakuan jujur dari Fiza. Jika ada yang tak sependapat tu. Fiza hargai! Sebab masing-masing ada pandangan right! Okeh... Cerita pasal makanan. Alhamdulillah, pagi ni Fiza masak mee Lee Fah goreng dengan telur rebus untuk breakfast. Simple! Korang breakfast apa pagi tadi?

Pada Fiza... Masak sendiri mempunyai banyak kelebihan berbanding makan di luar, baik dari segi kewangan, kesihatan, mahupun gaya hidup. Berikut adalah kelebihannya :-
1. Jimat Kos
Lebih murah : Kos bahan mentah biasanya lebih rendah berbanding harga makanan di restoran. Boleh buat dalam kuantiti banyak. Selain tu, masak sendiri membolehkan kita menyimpan baki makanan untuk dimakan kemudian (meal prep). Then, tiada caj tambahan seperti caj servis, cukai, atau tip seperti di restoran.
2. Lebih Sihat
Kawalan bahan : Kita boleh pilih bahan yang segar, kurang minyak, kurang gula, dan tanpa MSG. Kemudian, saiz hidangan pun turut terkawal : kita boleh elakkan makan berlebihan kerana kita tentukan sendiri jumlahnya. Plus, kebersihan turut terjamin : kita tahu tahap kebersihan dapur dan peralatan kita bagaimana, kan!.
3. Lebih Dekat dengan Keluarga / Pasangan
Kemudian, memasak jugak boleh jadi aktiviti yang menyeronokkan dengan pasangan, anak-anak, atau rakan serumah. Boleh tolong-menolong dalam menyediakan bahan. Betul tak?
4. Kawalan Masa & Menu
Tak perlu tunggu lama : Tak perlu tunggu giliran atau servis lambat seperti di restoran. Kat rumah, boleh pilih menu sendiri : Boleh masak ikut selera sendiri tanpa terikat dengan menu yang ditawarkan di luar.
Kesimpulannya, Masak sendiri bukan sahaja jimat dan sihat, malah membina kemahiran, mengeratkan hubungan, dan membantu gaya hidup lebih lestari. Meskipun makan di luar ada kelebihannya (mudah & cepat), memasak sendiri memberi manfaat jangka panjang yang lebih menyeluruh.
Apa pendapat korang? Habis baca, sila komennn 🤭

13 Comments
Tak pernah makan mi jenis ni. Tapi agak PH ianya jenis mi² kering juga ye Fiza?
ReplyDeletePH jenis masak di rumah hari² tapi ada masa makan juga di kedai. Cuti² umum ni semua org cuti, kita pun nak juga cuti masak hehe
Ya mee kering PH. Nak masak kena rendam dulu dengan air panas. 🤭
DeleteDolok masa zaman sekolah mak kmk suka polah mee lee fah tok, smp kmk lejuk makan hehe.
ReplyDeleteKamek dah tua baruk terdedah dengan Mee tok. 🤭
DeleteSaya suka masak, tapi selalu makan sendiri je..huhu
ReplyDeleteTakpe, yang penting perut kenyang puas hati. 😊
DeleteMakan di kedai memang agak mahal.. Sekali-sekala bolehlah :)
ReplyDeleteKan. Harga pun mahal. Tapi sekali sekala tu bolehla. Selalunya, Fiza pergi pun time memang betul-betul tak boleh nak masak. 🤭
DeleteTerpaksalah beli kan..
DeleteSaya masak sendiri, walaupun sesekali beli adalah. Tapi tak sering.
ReplyDeleteSelain hemat cost, masak sendiri saya bisa buat sesuai selera saya. Apalagi saya nih tak suka pakai garam kak, atau mengurangi sangat. Sementara kalo beli, kadang rasanya terlalu asin buat lidah saya.
Kalo sarapan memang saya tak sarapan, Krn IF kan. Jadi baru bisa makan jam 12 atau 1 siang.
Pastilah masak sendiri akan lebih banyak kelebihan.
ReplyDeleteSaya tak suka masak, tapi terpaksa masak. Sebab saya mengurangi garam, tak suka pakai banyak gula. Kalopun ada makanan yg butuh pakai gula, saya akan guna stevia.
Krn itu susah nak makan di luar, Krn pasti bahan yg digunakan di luar kebiasaan saya.
Tapiiii bukan berarti saya anti makan luar 😅. Sesekali bolehlah. Apalagiii saat saya traveling. Memang tak akan masak 🤣. Jadi dah pasti lah beli , sekalian merasakan makanan lokal dari destinasi yg saya visit
Sedap plak tengok mee lee fah goreng tu, campur daging sedap tu kan...
ReplyDeleteMasak sendiri,jimat dan terjalin kasih sayang...sesekali makan di lura boleh..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.