Assalamualaikum,
Selamat Petang.
BLOGPOST REVIEW PRODUCT ATAU BARANG DAPAT RAMAI PEMBACA? | Lately, Fiza suka share pendapat peribadi tentang barang atau product yang Fiza guna di blog. Ingatkan orang akan cari di tiktok je video review. Rupanya, review dalam bentuk blogpost pun ada yang turut menyukainya. Ini terbukti dengan statistik blog Fiza bulan lepas. Tak sangka review tentang jam dan tablet menduduki tempat 3 ke atas blogpost yang meraih views yang tinggi. Berapa statistiknya, tak perlu la Fiza nak tunjuk. Cukup sahaja Fiza sendiri yang tahu pencapaian blog ni bagaimana. Apa yang pasti, apa yang kita share rupanya tak sia-sia. Alhamdulillah...
Lama dah tak update! Baru harini kembali semula berkongsi cerita di sini. Berbalik kepada isu review. Yes! Before ni Fiza pernah share tentang samsung galaxy tab S9 FE. Tapi takdelah menyeluruh. Kalau ada yang pernah baca, di akhir blogpost tersebut... Fiza pernah mengutarakan persoalan kan! Di mana...
Selamat Petang.
BLOGPOST REVIEW PRODUCT ATAU BARANG DAPAT RAMAI PEMBACA? | Lately, Fiza suka share pendapat peribadi tentang barang atau product yang Fiza guna di blog. Ingatkan orang akan cari di tiktok je video review. Rupanya, review dalam bentuk blogpost pun ada yang turut menyukainya. Ini terbukti dengan statistik blog Fiza bulan lepas. Tak sangka review tentang jam dan tablet menduduki tempat 3 ke atas blogpost yang meraih views yang tinggi. Berapa statistiknya, tak perlu la Fiza nak tunjuk. Cukup sahaja Fiza sendiri yang tahu pencapaian blog ni bagaimana. Apa yang pasti, apa yang kita share rupanya tak sia-sia. Alhamdulillah...
Fiza tanya mengenai siapa pernah menonton movie di Netflix dengan menggunakan tab samsung S9 FE. Tahan tak bateri untuk tengok movie episode by episode. Ok! So far, Fiza pernah try menonton movie Korea berjudul Blackout 14 episod. Ternyata boleh tahan jugak ek! Bateri tab tersebut. Fiza boleh tengok dari episod 1 sehingga episod 12 non stop. Best tau jalan cerita "blackout'. Sedih, geram dalam masa yang sama kesian pun ada. In Shaa Allah, next time ada masa terluang... Fiza review cerita Blackout pulak.
Ok! Berbalik kepada isu utama...
Actually, Kenapa ada yang mencari review product di blog, padahal banyak je review berbentuk video sekarang ni yang lebih hebat. Kan? Pada Fiza secara peribadinya...
1. Pembaca Nak Elak Menyesal
Kebanyakan orang tak nak bazir duit. Betul tak? Bila baca review, kita akan dapat gambaran awal sama ada produk tu berbaloi atau membuang masa je. Jadi, secara tak lansung review membuat pembaca buat keputusan lebih bijak dan lebih cepat.
2. Pengalaman Real, Bukan Iklan Semata-mata
Iklan memang semua kata produk dia "terbaik". Tapi review dari pengguna sebenar? Itu lebih dipercayai. Bila blog kongsikan pengalaman jujur, baik buruknya, pembaca rasa lebih yakin. Lagi-lagi kalau blogger tu konsisten buat review berkualiti.
3. Review Ada Gambar dan Bukti
Blog review selalunya lengkap dengan adanya gambar, video, before-after, dan link pembelian. Semua maklumat penting dah ada di satu tempat. Senang gila! Tak payah buka 10 laman web semata-mata nak tahu satu info.
4. SEO – Ramai Jumpa Melalui Google
Bila review guna tajuk dan keyword yang betul (contohnya: “Review Samsung Galaxy Tab S9 FE”), ia senang muncul di carian Google. Jadi semakin ramai yang jumpa blog tu, semakin meningkat trafik.
5. Review Bantu Blogger Jana Duit!
Bila ramai pembaca klik link, beli melalui affiliate, atau kongsikan post. Blogger pun dapat manfaat. Itulah kenapa review produk ni sangat digemari penulis blog, sebab dua-dua pihak dapat untung pembaca dan penulis.
So, memang tak sia-sia ye kita share tentang produk apa yang kita guna hari-hari. Apa-apa pun, selamat berhujung minggu semua.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.