Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

SIARAN ULANGAN RINDU AWAK SEPARUH NYAWA EPISOD 25 DAH | Sekarang ni, astro ria tengah menayangkan siaran ulangan untuk drama rindu awak separuh nyawa. Jumaat lepas dah masuk episode 25 dah. Oh! Ya, siaran ulangannya bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat... Jam 7 Malam. 

SINOPSIS EPISOD 25 RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Dalam episode 25, ia mengisahkan tentang Nazril yang masih lagi tak boleh nak terima Sarah. Dia melayan Sarah dengan dingin sekali. Tapi, sesekali nampak jugak yang dia masih sayangkan Sarah. Dia tak percaya yang Sarah mengandung. Bila Sarah mintak cerai, pandai pulak dia gelabah. Huda pulak tinggal di rumah Nazril atas pelawaan Ummi dan Nazril sendiri. Pucuk dicita, ulam mendatang. Apalagi, dia cuba untuk mengambil hati Ummi dan Nazril. Tanpa disuruh, dia buat semua kerja-kerja rumah. Padahal ada masa, Ummi akan minta bantuan Kak Kiah untuk mengemas rumah.

Tu part family Nazril. Part Agil, sepupu Nazril... Masih lagi dengan perangai lama dia. Ambik barangan terlarang walaupun dah berkahwin dengan Anis. Anis tak tahu pun yang suaminya seorang penagih. Dia percaya bulat-bulat dengan kata-kata Agil yang mahu bukak perniagaan... Sehingga sanggup memberi duit hantaran kawin mereka kepada Agil.

Selain tu, terdapat jugak scene di mana Munah menampar Esah. Munah marah sebab Esah telah memukul Manja dan Mah. Esah memang tak suka dengan Manja, padahal Ibu Nazril yang jadi sumber pendapatan dorang.

Drama

Kemudian, scene terakhir bila Sarah bangun lewat. Lansung Ummi Naz tak marah, Malah buatkan susu untuk Sarah. Then, part Manja sukakan kakak ipar dia pun best. Ke hulu ke hilir bawa sapu tangan yang Sarah bagi sambil mulut tak lekang panggil Kak 'Tek' yang bermaksud cantik. Geram je Huda tengok gelagat Manja. Apa tak nye, Manja lansung tak hiraukan dia. Dalam episode ni jugak Sarah mintak cerai dengan Nazril. Apalagi, Nazril jadi tak tentu hala...

Next, nak tahu kesinambungan kisahnya... Kena tonton episode 26 malam ni.

Nota Kaki : Masih banyak carian drama RASN ni dalam blog Fiza, that why Fiza update balik episode by episode. In Shaa Allah...