Assalamualaikum,
Selamat Malam.

PEMULANGAN DAN PEMINJAMAN BUKU TEKS SEKOLAH RENDAH | Sebelum tidur, kita up dulu aktiviti keseharian di sini... Hujung minggu kali ni, kami anak-beranak tak ke mana-mana punn... Selain buat general cleaning, seterika baju untuk seminggu... Fiza dan suami jugak ambil kesempatan yang ada untuk memeriksa buku teks Kak Alia dan Kak Ain. 

Esok mereka akan membuat pemulangan buku teks untuk sesi persekolahan 2023/2024. Berikut adalah senarai buku yang hendak dipulangkan mengikut bilik darjah. If ada yang hilang atau rosak, mestilah digantikan mengikut setiap harga buku.

Info

Senarai Buku Teks Tahun 3

Terdapat 10 buah buku teks kesemuanya untuk darjah 3, iaitu :-
  1. Bahasa Melayu Jilid 1 : RM5.80
  2. Bahasa Melayu Jilid 2 : RM5.80
  3. Get Smart Plus 3 : RM35
  4. Sains : RM9
  5. Matematik Jilid 1 : RM7.40
  6. Matematik Jilid 2 : RM7.40
  7. Pendidikan Islam : RM9.50
  8. Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan : RM6.90
  9. Pendidikan Kesenian : RM5.90
  10. Bahasa Arab : RM8.10 
Info

Senarai Buku Teks Tahun 5

Manakala, untuk senarai buku teks darjah 5 pula adalah seperti berikut :-
  1. And Something Weird Happened : RM10.60
  2. Gulliver's Travel : RM10.80
  3. Anthology of poems : RM9.80
  4. Bahasa Melayu : RM14
  5. English Plus 1 Student's Book : RM38
  6. Sains : RM13
  7. Matematik : RM17.10
  8. Sejarah : RM13
  9. Pendidikan Islam : RM13.10
  10. Pendidikan Jasmani : RM7
  11. Pendidikan Muzik : RM7.50
  12. Pendidikan Seni Visual : RM7.50
  13. Bahasa Arab : RM9
  14. Reka Bentuk Dan Teknologi : RM7
Selain pemulangan buku teks, selepas waktu rehat... Mereka akan ada sesi peminjaman buku teks untuk sesi persekolahan 2024/2025 pulak. In Shaa Allah, tahun ni Kak Alia dah masuk darjah 6. Kak Ain pulak darjah 4.

So far, dari darjah 1 sehingga sekarang... Tak pernah lagi buku teks dorang koyak atau hilang. Semuanya akan dipulangkan dalam keadaan yang elok. Biasalah budak perempuan, kan!... Part penjagaan buku memang cerewet sedikit... Tu based on anak-anak Fiza lah ye. Anak-anak korang pulak macam mana?

Nasib Baik ada Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Kan? Kalau nak beli kesemua buku teks tu... Memang banyak jugak duit yang diperlukan. Tu... Belum lagi termasuk pakaian sekolah, baju sukan dan sebagainya. Tahun ni lagilah, sekolah dan raya serentak... Hurmmm... Sabar jela. Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. 🤭