Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Fiza just nak update... For those yang suka layan channel Astro Warna dan Astro Go, Jangan lupa malam ni ada telefilem berjudul Mark Masuk Jawi yang akan bersiaran jam 9 malam ok!

Informasi

MARK MASUK JAWI

So, berikut maklumat secara ringkas mengenai drama tersebut.

Waktu Siaran : Sabtu, 13 Januari 2024, 9:00 malam
Rangkaian : Astro Warna & Astro GO
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Reen Emran
Produksi : Playwright Pictures Sdn Bhd

PELAKON

Manakala untuk barisan pelakon pulak adalah seperti berikut :-
  1. Mark O'dea
  2. Sharifah Sakinah
  3. Razak Ahmad
  4. Arteh
  5. Shukri Tahir
  6. Hatta Henry dan 
  7. Alynn Techen

SINOPSIS MARK MASUK JAWI

Telefilem ini mengisahkan tentang kecoh sekampung apabila majlis berkhatan tahunan kali ini menampilkan Mark, mat salleh yang merancang untuk melarikan diri bersama kanak-kanak yang lain.

Andy, seorang lelaki Cina yang sudah setahun berkahwin dengan Suraya. Andy bimbang apabila bapa mertuanya berkeras menyuruhnya berkhatan secara tradisional, ditambah pula dengan pilihan Tok Mudim yang tangkap muat.

Apakah yang terjadi? Kena tengok malam ni di Astro Warna 107 dan Astro Go, jam 9 malam.

Selamat menonton semua. ✌️

#markmasukjawi
#telefilemastrowarna