Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

BUBUR PEDAS DAUN MENGKUDU | Kalau semalam Fiza share cara nak semak bil air secara online di Sarawak kan, harini Fiza nak share pulak pasal salah satu makanan yang terkenal di Sarawak iaitu bubur pedas. Tapi, bubur pedas yang Fiza share ni version Fizalah ye.

APA ITU BUBUR PEDAS?

Actually, bubur pedas adalah rempah masakan yang diperbuat daripada beras halus, kelapa parut, bawang merah, bawang putih, cili merah, serai ketuk, lada hitam, lengkuas dan daun salam yang disangai dan seterusnya dikisar. Kemudian, bolehla dijadikan sebagai rempah dalam masakan seperti sayur campur dan sebagainya. Disebabkan ada beras dan rasa pedas tu kot yang menyebabkan ianya dipanggil bubur pedas. Selalunya, bulan Ramadan la kita akan tengok banyak jenis bubur pedas akan dijual di bazar ramadan.

RESEPI BUBUR PEDAS DAUN MENGKUDU

Salah satu menu bubur pedas yang Fiza suka adalah bubur pedas daun mengkudu. Walaupun daun mengkudu agak pahit, tapi bila dimasak bersama bubur pedas... Rasanya sangat enak. Bagi Fizalah ye.

Kemudian, untuk pengetahuan kita bersama, terdapat beberapa kebaikan yang terkandung di dalam daun mengkudu. Antaranya :-

Pertama, antioksidan yang terkandung dalam daun mengkudu berupa vitamin E dan C yang mana dapat melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Antioksidan juga dapat meningkatkan fungsi pembuluh darah dan mengurangi peradangan. Inilah peranan penting dalam penyakit jantung dan penyakit kardiovaskular lainnya.

Selain itu, ianya juga membantu memperlambatkan gejala penuaan dan meningkatkan sistem imun badan kita. Dalam daun mengkudu terdapat kandungan vitamin C yang tinggi. Kandungan zat gizi ini penting dalam pembentukan sel darah putih seperti limfosit dan fagosit yang bertugas melawan infeksi dan penyakit.

Manfaat daun mengkudu yang lainnya juga adalah dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka. Sebuah penelitian dalam Journal of Dentistry Indonesia menyebutkan bahawa daun mengkudu mengandungi etanol yang mana berperanan penting dalam proses penyembuhan luka.

Tu antara manfaat yang terdapat pada daun mengkudu. Banyak kan?

Resepi

Berbalik kepada point utama, nak masak daun mengkudu bubur pedas sangatlah mudah. Apa yang penting bahan yang diperlukan adalah seperti :-
  1. Rembah bumbu pedas, bergantung nak pekat ke cair
  2. Daun mengkudu yang telah dipotong
  3. Bawang merah dihiris halus
  4. Bawang putih dihiris halus
  5. Sedikit ikan bilis, kalau ada udang boleh letak. Lagi sedap.
  6. Perencah secukup rasa maggie
  7. Sedikit minyak untuk menumis dan
  8. Air untuk kuah

Cara masaknya pulak...
  1. Pertama panaskan sedikit minyak.
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis.
  3. Bila dah naik bau, masukkan daun mengkudu. Then, baru masukkkan rempah bumbu pedas
  4. Masukkan air. Agak-agak hampir masak, perasakan dengan perencah secukup rasa Maggie. Dah siap.

Sedap makan dengan nasi sejuk, then berlaukkan ikan masin. Tapi, tak boleh selalu sangat makan ikan masin. Hehehe... Terutamanya buat mereka yang menghidapi hipertiroid seperti Fiza. Makan kena control okeh!

Siapa pernah rasa bubur pedas Sarawak, share lah apa pandangan korang di ruangan komen?

Lupa, satu lagi...

Pernah makan masakan berasaskan daun mengkudu?