Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

OBSESI DIA, SINOPSIS DAN PELAKON TV3 | Selain drama tentang hati dia, drama obsesi dia juga turut ditayangkan sekarang ni di tv3 dalam slot Samarinda. Ia merupakan sebuah drama melayu terbaru yang diinspirasikan daripada novel The Witness karya Suhailah Selamat dan telah pun mulai disiarkan pada 5 Julai 2023, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan strim langsung di www.tonton.com.my. Berikut adalah ringkasan maklumat mengenai drama obsesi dia :-

Episod : 15
Tarikh Tayangan : 5 Julai 2023
Waktu Siaran : Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian : Samarinda TV3 / tonton
Penulis Skrip : Rozie Rashid
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd

Slot samarinda tv3

WATAK PELAKON

Manakala untuk barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama tersebut adalah seperti berikut :-
  1. Sophia AlBarakbah sebagai Affiyah / Alliyah
  2. Zaki Azeman sebagai Zacky
  3. Ashraf Muslim sebagai Rizq
  4. Fify Azmi sebagai Adelia Sofei
  5. Alif Hadi sebagai Adam
  6. Razman Mahayuddin sebagai Amir
  7. Anies Hann sebagai Nura
  8. Kak Girl sebagai Susan
  9. Anne Abdullah sebagai Puan Leia
  10. Natasya Mahyan sebagai Dr Flora

SINOPSIS OBSESI DIA

Drama ini mengisahkan tentang Affiyah di mana ulang tahun ke-18 Affiyah bertukar tragedi apabila dia secara tidak sengaja menyaksikan pembunuhan yang kejam. Takut menjadi mangsa seterusnya, Affiyah yang diugut oleh pembunuh berjaket hud telah berjanji untuk merahsiakan peristiwa tersebut daripada orang lain.

Affiyah yang ketakutan telah didesak oleh ibunya untuk menceritakan tentang peristiwa yang disaksikannya. Akhirnya, Affiyah menceritakan tentang peristiwa tersebut dan ibunya bertekad untuk membuat laporan polis. Hal ini sampai ke pengetahuan pembunuh berjaket hud itu dan telah menaikkan api kemarahannya dan bertindak untuk membunuh ibu Affiyah.

Sejak itu, Affiyah takut orang sekelilingnya dibunuh dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan segala rahsia pembunuh berjaket hud itu. Namun, rahsia mula terbongkar satu persatu oleh orang sekeliling Affiyah yang mahu mencari kebenaran di sebalik misteri pembunuhan bersiri itu. Adakah pembunuhan bersiri ini bakal berterusan? Berjayakah pembunuh berjaket hud itu ditumpaskan?

PENUTUP

Baca ringkasan cerita macam menarik. Kan?

Lately, Fiza dah tak layan movie yang melibatkan pembunuhan. Boleh trigger dada Fiza jadi berdebar-debar. Walaubagaimana pun, Fiza suka tengok lakonan Sophia AlBarakbah. Lembut je orangnya. Walaupun bawak watak sedikit jahat pun... Tetap ayu. Pada Fiza, dia lebih sesuai bawa watak yang lemah lembut. Apa pendapat korang?

Sumber | Facebook

#slotsamarindatv3
#dramasangat
#obsesidia