Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

HIJRAH JANNAH, KISAH HIJRAH YANG BERLIKU | A quick update... Start Isnin minggu depan, 5 Jun 2023... Drama berjudul Hijrah Jannah bakal bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, 6 Petang, di slot Tiara, semestinya di Astro Ria 104 bagi menggantikan drama Isteri halal. Drama yang bersiaran selama 40 episod ini jugak akan dilakonkan oleh Remy Ishak dan Daniella Sya sebagai pelakon utama.

Drama astro Ria 104
Photo by Budiey

BARISAN PELAKON DAN WATAK

Kemudian, antara barisan pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah seperti berikut :-
  1. Daniella Sya sebagai Jannah/ Janet 
  2. Remy Ishak sebagai Syawal Fitri 
  3. Puteri Sarah Liyana sebagai Munirah 
  4. Khalidah Atlibah sebagai Puan Sri Rafidah 
  5. Daniel Fong sebagai Danial 
  6. Ezaidi Aziz sebagai Zakri
  7. Hanna Halim sebagai Zahra
  8. Riz Amin sebagai Azim
  9. Erynn Abdullah sebagai Medina
  10. Rahim Jailani sebagai Tan Sri Shaharudin
  11. Angeline Tan sebagai Puan Lian dan
  12. Kenji Sawahi sebagai Encik Kiat 

SINOPSIS DRAMA HIJRAH JANNAH

Naratif drama ini memaparkan tentang kisah seorang wanita, Jannah/ Janet yang memeluk Islam demi untuk bersama kekasihnya, Syawal Fitri.

Setelah berkahwin dengan Syawal Fitri, Janet memeluk islam dan lantas dibuang keluarganya. Namun kesukaran hidupnya itu bertambah buruk apabila ibu syawal, Puan Sri Rafidah bertekad untuk menyeksa hidup menantunya itu.

Setiap langkah Jannah tidak pernah betul, ada sahaja yang tidak kena. Kebenciannya terhadap Jannah membawa kepada dia memaksa anaknya untuk berkahwin lagi sekali, kini dengan wanita pilihannya, Munirah.

Syawal akur dan menerima Munirah, tetapi dia tidak sama sekali menyangka isteri baharunya itu merupakan seorang yang berpura-pura baik sahaja. Pernikahannya dengan Munirah bakal membawa pergolakkan di antara Syawal dan Jannah.

Demi mendalami agama baharunya, Jannah mengambil inisiatif untuk belajar dan dalam proses berkenaan, dia berkenalan dengan Zakri, salah seorang fasilitator di pusat pembelajarannya itu. Zakri simpati dengan nasib Jannah dan pada masa yang sama menyimpan perasaan terhadapnya.

Munirah yang sedar tentang perasaan dan niat Zakri mengambil peluang ini untuk menyemai benih sangsi di dalam hati Syawal. 

Mampukah Jannah mengharungi liku-liku kehidupannya selepas memeluk agama Islam?

Nota Kaki : Tengok promo drama ni, macam best pulak jalan ceritanya. Dahla family Jannah tak boleh terima penghijrahannya... Ditambah pulak ibu Syawal yang langsung tidak menyukainya. Memang satu cabaranla buat Jannah untuk istiqomah. Then, Dalam drama ni jugak Remy berambut panjang. Macam tak sesuai pulak stails rambut tu dengan karaktor dia. Lebih suka tengok dia berambut pendek. Stailo gitu. Hehe...

Apa-apa pun, kepada yang suka menonton slot Tiara... Selamat menonton ye.

#slottiara
#hijrahjannah