Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

TUKAR KAD ATM CIMB SECARA ONLINE DAN AKTIFKAN SAHAJA DI MANA-MANA ATM | Kad debit Cimb Fiza expired 5 bulan yang lepas. Kemudian, dapat pulak email notification daripada pihak CIMB bank mengenai pembaharuan kad samada nak buat di kaunter bank atau atas talian... Sebelum Fiza masuk wad haritu. 

Memandangkan ramai yang kongsikan pengalaman peribadi masing-masing tentang mudahnya nak renew kad melalui online, Fiza pun try la jugak... Sebab tak pernah buat, kan. Sempatla jugak Fiza apply before warded haritu.

Nila first time Fiza perbaharui kad bank yang telah expired atas talian. Lagi pun, tempat Fiza jauh dari bank Cimb... So, kita gunalah cara yang paling mudah dan cepat. Tak perlu menunggu lama dan beratur panjang. Sampai pun cepat. Untuk yang nak guna kad on the spot, lebih baik buat di kaunter terus ye. 

Macam Fiza, pihak bank hantar email.  Fiza just click pada butang click here to renew online pada email yang diorang hantar. Sorry takde contoh email tersebut ye. Dah kena delete... 

Lepas tu, keluar form macam di bawah. Isilah maklumat yang dikehendaki. Fiza refer laman ecentral masa tukar haritu. Sangat-sangat membantu. 

Renew kad atm

Bila dah keluar form macam kat atas tu, Isi... Dah habis isi, proceed terus. Kemudian akan keluar notification seperti di bawah. Pilihla, nak renew kad macam mana. Kalau nak buat atas talian, just klik pada renew my debit card and deliver it to me dan proceed. Nanti keluar form untuk kita isi alamat penghantaran kad atm tu. Settle!

Renew kad

AKTIFKAN KAD ATM CIMB DI MANA-MANA ATM BANK

Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu Fiza dah terima pun kad ATM cimb Fiza. 

Kad cimb

Nak aktifkannya pulak, just bawa ke mana-mana mesin ATM... Tak kiralah apa-apa jenis bank samaada di ATM bsn, hong Leong, angrobank atau lain-lain bank... Dalam hal ni, Fiza aktifkan di ATM Agrobank. Just guna seperti biasa dengan menggunakan nombor pin bank kita yang dah expired sebelumnya. Dah settle. Sangat-sangat mudah.

Semoga bermanfaat ye. ✌️