Assalamualaikum,
Selamat Malam.

RECYCLE BAG MAMEE MONSTER | Semalam encik suami belikan anak-anak Mamee Monster perisa BBQ. Dahh lama tak belikan dorang jajan. Tak tahu pulak yang sekarang ni, beli dua pack Mamee... Dapat recycle bag secara percuma

Recycle bag Mamee Monster adalah produk terbaru yang boleh digunakan untuk tote bag semasa membeli barang dapur

Comel sangat warnanya. Saiz pun besar, iaitu 30cm (L) x 45cm (H) x 12cm (W). Rasa-rasanya, kalau beli waterproof bag macam ni mesti RM5 ke atas. Kan?

GUNA RECYCLE BAG SEMASA BERBELANJA. APAKAH SEBAB DAN KELEBIHANNYA?

Nanti bolehla digunakan untuk shopping barang dapur. Fiza memang dari dulu suka kumpul recycle bag macam ni. Jadi, masa nak beli barang dapur, senang... Tak perlu nak beli bag plastik lagi dah. Sekarang ni tak macam dulu, kita shopping takde dah free plastik. Semuanya kena beli. Walaupun kadar harga satu plastik 20 sen, bayangkan berapa banyak charge naik kalau 5 plastik bag digunakan untuk seorang berbelanja setiap kali ke kedai. Bayangkan jugak 1500 plastik digunakan oleh satu individu setahun. berapa banyak kos terbazir di situ. At least, dengan adanya recycle bag macam ni, kita boleh jimatkan duit. Betul tak?

Kemudian, dalam masa yang sama kita dapat membantu mengurangkan pencemaran. Tahukah korang, kurang 1% plastik yang digunakan untuk berbelanja kembali untuk dikitar semula pada setiap tahun dan ianya mengambil masa sehingga 500 tahun untuk terurai. Bayangkan, berapa banyak pencemaran berpunca dari plastik yang dapat kita kurangkan dengan tindakan ambil peduli kita untuk membawa bag reusable pada setiap kali perbelanjaan kita.

Selain itu, kita juga dapat membantu untuk memelihara sumber yang ada. Tahukah korang yang 12 juta tong minyak digunakan untuk pembuatan beg plastik di Amerika Syarikat setiap tahun. Bayangkan berapa banyak sumber minyak yang boleh kita jimatkan dengan sedikit usaha kita beramai-ramai untuk tukar cara kita berbelanja. Sama-sama kita beringat ye. In Shaa Allah, setakat hari ini... Fiza masih lagi istiqomah menggunakan recycle bag ni semasa berbelanja. 

Apa pun alasan, kita juga haruslah memikirkan tentang hidupan liar. Lebih daripada 100,000 kematian haiwan laut dilaporkan setiap tahun yang mana punca utamanya adalah disebabkan oleh terperangkap di dalam beg plastik yang dibuang di serata tempat termasuklah di sungai mahupun laut.

Kesedaran penggunaan recycle bag seharusnya kita amalkan dan ajar anak-anak kita juga mengenainya. Bayangkan 10 ke 20 tahun akan datang... Apa akan jadi pada bumi kita seandainya mereka tidak diajar untuk menjaganya. 

Akhir kata, ada tak yang macam Fiza... Suka kumpul recycle bag percuma macam ni?

Sumber : outdoorpro | localaris