Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

KERANA CINTA ITU ADA TV3 | Selepas tamatnya drama terima kasih cinta, para penonton akan disajikan dengan drama Melayu terbaru di Slot Akasia TV3, berjudul kerana cinta itu ada. Ia merupakan drama adaptasi novel karya Sophilea. Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Azri Izhar dan akan menampilkan Aedy Ashraf dan Nabila Razali sebagai pelakon utama. Selain itu, untuk makluman semua... Drama ini akan mulai bersiaran pada 28 Disember 2022 nanti, setiap Isnin hingga Jumaat dan semestinya jam 7 malam.

Kerana Cinta itu Ada merupakan drama Melayu jam 7 malam
Sumber dari Facebook Drama Sangat 

WATAK PELAKON/CAST KERANA CINTA ITU ADA

Kemudian, untuk watak yang dipegang oleh setiap pelakon pula adalah seperti berikut :-
  1. Aedy Ashraf sebagai Aisy
  2. Nabila Razali sebagai Bella
  3. Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal
  4. Syazuwan Hassan sebagai Zafran
  5. Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia
  6. Alvin Chong sebagai Rayyan
  7. Husna Mustaffa sebagai Aina
  8. Anas Ridzuan sebagai Mamat dan
  9. Saidah Kamarudin sebagai Yana

SINOPSIS KERANA CINTA ITU ADA TV3

Drama ini Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan perniagaan yang sedang mengusahakan resort milik keluarganya.

Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia (ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah pun bertemu dengan Tengku Aisy Mateen, yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa kali pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta.

Pada Bella, Aisy merupakan lelaki paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.

Namun hubungan percintaan mereka putus di tengah jalan dek kerana fitnah yang dibuat oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizal yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan baiknya.

Bella membawa diri bertahun-tahun lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam hubungan suami isteri.

Dapatkah hubungan cinta antara mereka kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah? Nak tahu kisah disebaliknya, jangan lupa nantikan waktu tayangannya menerusi slot Akasia tv3 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7:00 malam. Boleh juga distrim secara lansung di www.tonton.com.my.

Apa-apa pun, pada kaki drama semua... Selamat menonton ye. ✌️

#KeranaCintaItuAda
#AkasiaTV3
#DramaJam7malamTV3
#DramaMelayu
#DramaSangat